Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menjelang Pilihan Raya Presiden

Tharman sertai relawan masjid agih daging korban kepada penduduk Queenstown

Jul 15, 2023 | 07:49 PM



Mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, giat ‘turun padang’ dengan menghadiri beberapa acara masyarakat pada Sabtu, sekitar seminggu setelah beliau meletak jawatannya dalam pemerintah dan Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Beliau, yang pada 8 Jun telah mengumumkan hasratnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2023, menghadiri acara termasuk pengagihan daging korban kepada penduduk di Queenstown.

Encik Tharman membuat kunjungan ke lima isi rumah di Mei Ling Street untuk mengagihkan pek bantuan merangkumi daging korban, nasi mandi dan baucer pasar raya Sheng Siong. 

Pengagihan yang bertujuan meringankan beban 97 benefisiari itu dianjurkan Masjid Mujahidin di Queenstown.

Pada sebelah petangnya, beliau yang juga merupakan mantan Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial dan mantan Anggota Parlimen GRC Jurong, turut menyampaikan ucapan dalam acara penghargaan untuk relawan Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda) di Home Team NS @ Khatib.

Menulis dalam satu kiriman di Instagram pada Sabtu, Encik Tharman, 66 tahun, berkata:

“Saya dalam minggu pertama sejak bersara daripada politik dan semua jawatan saya dalam pemerintah. Amat sukar untuk meninggalkan penduduk di Taman Jurong, yang perjalanan hidup mereka dan detik-detik kesedihan dan kegembiraan telah menjadi sebahagian daripada hidup saya dan juga isteri.

“Saya telah bertemu dengan ramai orang pada minggu lalu, dari pelbagai lapisan masyarakat. Saya amat berterima kasih atas semangat yang mereka nyatakan atas keputusan saya bertanding untuk jawatan Presiden.”

Encik Tharman menambah bahawa sekiranya dilantik, beliau tekad untuk menjadi seorang presiden “untuk semua, menghormati semua warga Singapura”.

“Dan berkhidmat dengan kebebasan fikiran yang telah saya pegang sepanjang hidup saya,” katanya.

Sementara itu, usahawan Encik George Goh, seorang lagi yang telah melahirkan hasrat untuk bertanding bagi Pilihan Raya Presiden tahun ini, telah menghadiri majlis makan malam mengumpul dana bagi inisiatif Good Start Run.

Menurut posnya di Facebook pada Sabtu, usaha itu akan menyaksikan pelari maraton ultra Singapura, Lim Nghee Huat, berlumba serata Scotland untuk kanak-kanak prasekolah daripada keluarga susah.

“Saya berasa gembira mengetahui bahawa rakyat Singapura dari semua peringkat umur berkumpul dengan cara mereka sendiri untuk memperbaiki kehidupan orang lain di sekeliling mereka,” kata Encik Goh.

Encik Goh, 63 tahun, adalah pengasas Harvey Norman Ossia yang juga pengerusi eksekutif kumpulan Ossia International, syarikat pengedar dan peruncit barangan pengguna. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >