Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengalaman naiki pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan RSAF

Aug 15, 2023 | 06:51 PM



Saya tidak pernah membayangkan melangkah ke Pangkalan Udara, apatah lagi menaiki pesawat tentera.

Pada 14 Ogos, saya diberi peluang menaiki pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) A330, Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) bersama rakan media lain.

Ini adalah antara aktiviti yang dapat pengunjung nikmati di Rumah Terbuka RSAF pada tahun ini.

Acara itu akan diadakan pada hujung minggu, 9-10 September, di Pangkalan Udara Paya Lebar.

Pagi Isnin itu bermula dengan cuaca suram dan kami disambut hujan gerimis ketika berjalan ke pesawat pengangkut.

Dari luaran, MRTT itu nampak besar dan menggerunkan, tetapi setelah memasuki pesawat itu, bahagian dalamnya kelihatan seperti pesawat komersial biasa.

Saya diberitahu bahawa MRTT mempunyai pelbagai peranan – seperti melakukan pengisian semula di udara di tengah penerbangan dan menyokong misi pemindahan aeroperubatan.

Dengan kapasiti maksimum membawa 111,000kg bahan bakar, pesawat ini boleh dikendalikan oleh tiga kru – dua juruterbang dan seorang pengendali pengisian semula udara.

Perkataan yang boleh saya luahkan pada masa itu adalah, saya berasa amat teruja. Ini kerana ia mungkin peluang sekali dalam seumur hidup dan tidak ramai orang dapat berada di tempat sebegini.

Tiba masanya kami berlepas ke udara. Dalam 30 minit penerbangan, kami disambut dua jet pejuang F-15SG. Suasana di dalam MRTT amat tenang, ramai antara kami hanya memetik gambar dan video yang akan menjadi kenangan berharga.

Saya tidak pernah berkhidmat dalam Perkhidmatan Negara (NS), dan saya benar-benar bersyukur dan menghargai anggota lelaki dan wanita kita yang bersedia bertugas melindungi udara, tanah dan laut kita.


Saya dapat menyaksikan betapa mahir, disiplin dan cergas anggota-anggota ini. Saya memberi tabik besar kepada mereka.

Pendaratan kami di lapangan terbang disambut matahari cerah.


Sebagai seseorang yang tidak tahu banyak tentang pengangkutan tentera, saya betul-betul dapat menikmati suasana dan pandangan di udara. Saya suka sarankan orang ramai untuk cuba menaiki pesawat tentera RSAF apabila berkesempatan!

Layari https://www.rsaf55oh.sg/fam-rides.html untuk pengalaman 15 minit yang paling tidak dapat dilupakan! Pesawat tersebut akan terbang di sepanjang bahagian timur dan selatan Singapura, dan penumpang mungkin dapat melihat pulau-pulau di selatan Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >