Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengasas Roses of Peace semai keamanan antara agama diiktiraf

Jul 29, 2023 | 04:54 PM



Apabila diberitahu tentang rancangan mahasiswa universiti untuk mengadakan tunjuk perasaan sebagai reaksi terhadap kartun yang menyinggung perasaan terhadap Nabi Muhammad dalam majalah satira Perancis, Charlie Hebdo, Encik Mohamed Irshad Abbas Ali merasakan bahawa itu bukanlah pendekatan yang terbaik.

Sebaliknya, beliau memulakan usaha menghimpunkan belia pelbagai kepercayaan dengan tujuan menyebarkan kad mengandungi pesanan keamanan dan keharmonian, yang turut disertakan dengan sekuntum mawar, kepada masyarakat secara meluas.

Inisiatif ‘Roses of Peace’ atau Mawar Keamanan sejak 2012 telah berkembang dan kini merupakan pertubuhan bukan mengaup keuntungan terdaftar yang bukan sahaja mengadakan dialog serta simposium tetapi juga melatih belia menjadi pejuang keharmonian silang agama itu diktiraf pada Sabtu.

Pengasas dan presidennya, Encik Irshad, 33 tahun, menerima Anugerah Kepimpinan Belia Silang Agama daripada mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam.

Ia merupakan anugerah oleh Jamiyah Singapura bertujuan mengiktiraf belia tempatan yang menunjukkan potensi dalam memupuk keamanan dan keharmonian silang agama, terutamanya dalam kalangan anak muda.

Memanjat kesyukuran, Encik Irshad dengan penuh rendah hati mengaitkan pengiktirafan ini kepada usaha gigih serta sumbangan semua relawan serta peserta ‘Roses of Peace’.

“Jika anda lihat dunia di sekeliling dan apa sedang berlaku, masih banyak usaha perlu dilakukan. Sedang kita meninggalkan kesan di Singapura dan menjaga tempat kita sendiri, kita juga perlu tahu tentang apa yang berlaku secara global. Kita perlu memastikan kita menjaga masa depan kita, dan usahanya tidak akan pernah berhenti,” katanya.

Beliau menarik perhatian kepada isu global seperti pembakaran al-Quran di Sweden dan perbuatan berbentuk ekstremisme atas nama agama, yang boleh mencetus ketegangan antara kaum berbeza di Singapura walaupun ia berlaku di luar negara.

Bergerak ke depan, Encik Irshad merancang agar usaha ‘Roses of Peace’ dapat menebarkan sayapnya ke luar negara, dan meluaskan sasarannya untuk melibatkan generasi yang lebih muda.

“Selain institut pengajian tinggi (IHL), kami juga ingin menyasarkan belia di sekolah menengah dan sekolah rendah. Mesej (tentang keharmonian silang agama) perlu disebarkan pada tahap jauh lebih awal kerana golongan ini amat terhubung dengan ruang digital. Terdedah kepada isu-isu lebih awal dan memberi mereka ruang selamat boleh membantu membina pemahaman bagi mereka dalam dunia yang berpecah belah,” ujar bapa satu anak itu.

Dedikasi beliau memperjuangkan keamanan antara agama bukan hanya terhad kepada ‘Roses of Peace’.

Pada 2018, beliau dilantik sebagai salah satu daripada Anggota Parlimen Dilantik (NMP) termuda dalam Parlimen ke-13, membolehkan beliau membahaskan dan memperjuangkan isu keharmonian sosial.

Sumbangannya juga diiktiraf luas, antaranya, Encik Irshad pernah menerima anugerah berprestij Anugerah Belia Inspirasi MUIS50 dan Anugerah Kesukarelawanan dan Kedermawanan Presiden. – NUR HUMAIRA SAJAT




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >