Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengecas kenderaan elektrik dipasang di tempat letak kereta terbuka HDB

Nov 13, 2023 | 04:54 PM



Buat kali pertama, enam alat mengecas bagi kenderaan elektrik (EV) telah dipasang di tempat letak kereta awam di sini.

Kerja pemasangan itu dilakukan di bawah pelancaran berskala besar oleh pihak berkuasa di sini untuk memasang alat mengecas kenderaan di tempat letak kereta Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), lapor The Straits Times (ST).


Alat mengecas kenderaan di tempat letak kereta terbuka di Blok 209, Jurong East Street 21 itu, yang mula beroperasi pada 7 November lalu, adalah yang terbaru dilancarkan di bawah tender berskala besar yang diberikan pada November 2022 untuk memasang pengecas EV di tempat letak kereta awam.

Alat mengecas EV akan turut dipasang di tempat letak kereta terbuka lain di Ang Mo Kio, Bedok, Bukit Batok dan Bukit Merah sebelum akhir 2023, kata EV-Electric Charging (EVe), sebuah anak syarikat Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) yang menyelia kerja pemasangan pengecas EV di tempat awam.

Menjelang akhir 2023, sebanyak 30 tempat letak kereta terbuka HDB akan dilengkapi pengecas EV di bawah skim ini.

Sebelum ini, pengecas EV pernah dipasang di tempat letak kereta bertingkat HDB.

Sehingga 31 Oktober, EVe telah memasang sekitar 1,600 pengecas di 500 tempat letak kereta awam.

Kerja-kerja untuk memasang lagi 860 pengecas di 240 tempat letak kereta masih dijalankan.

Di bawah kontrak yang dianugerah pada November 2022, lima pengendali perkhidmatan pengecasan yang diselia oleh EVe akan memasang sekurang-kurangnya 12,000 alat mengecas kenderaan di hampir 2,000 tempat letak kereta HDB menjelang 2025.

LTA menyatakan ia menyasarkan memasang pengecas EV di lebih 700 tempat letak kereta HDB, atau sekitar satu pertiga daripada 2,000 tempat letak kereta awam di sini menjelang akhir 2023.

Dua tempat letak kereta bertingkat di Telok Blangah dan Boon Lay adalah yang pertama melancarkan pengecas EV di bawah inisiatif ini pada Februari lalu.

Alat mengecas di tempat letak kereta terbuka di Jurong East Street 21 dikendali oleh Charge+. Ia disusun sebaris, bersebelahan satu sama lain.

Di sudut berdekatan adalah tempat letak motosikal. Ini bermakna motosikal elektrik juga boleh menggunakan khidmat pengecasan itu.

Ketua Eksekutif Charge+, Encik Goh Chee Kiong, berkata: “Daripada pengalaman kami mengendali alat mengecas di tempat letak kereta HDB, kewujudan pengecas EV akan memberi keyakinan dan ketenangan fikiran kepada penduduk HDB untuk beralih kepada kenderaan elektrik.”

Di tempat letak kereta bertingkat, stesen pengecas EV juga mempunyai ruang pengecasan bagi motosikal, di sebelah ruang pengecasan kereta.

Jurutera dan penulis automotif Shreejit Changaroth berkata “tiada masalah” untuk seseorang mengecas kenderaan elektrik di kawasan terbuka ketika hujan.

Pada masa ini, perkhidmatan mengecas kenderaan berharga antara 54 sen dengan 59 sen bagi setiap kilowat sejam (kWh).

Sehingga akhir September, terdapat 9,998 kereta elektrik di jalan raya, naik 53.1 peratus daripada 6,531 pada akhir 2022.

Ini membentuk hanya 1.5 peratus daripada jumlah kereta di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >