Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengguna M1 tidak dapat terima, buat panggilan namun gangguan segera diatasi

Jul 06, 2023 | 04:34 PM



Beberapa pelanggan syarikat telekomunikasi tempatan M1 tidak dapat menggunakan fungsi panggilan di telefon bimbit mereka pada pagi Khamis.

Ketika dihubungi The Straits Times (ST), jurucakap syarikat itu menyatakan bahawa masalah itu telah segera diatasi dan syarikat itu meminta maaf atas gangguan tersebut.


Menurut laman web Downdetector, yang mencatat gangguan bekalan tenaga, M1 mula mempunyai masalah sekitar 8:50 pagi.

Aduan gangguan meningkat kepada sekitar 305 laporan pada 9:35 pagi.

Di laman Facebook M1, tujuh pengguna mengadu mereka tidak dapat menggunakan fungsi panggilan telefon bimbit, manakala dua lagi menyatakan khidmat jalur lebar mereka tidak dapat berfungsi.

Mereka dinasihatkan menghidupkan semula telefon mereka. Jika tidak berhasil, mereka dinasihatkan supaya meminta bantuan lanjut dengan menghubungi telko itu menerusi mesej peribadi di Facebook.

Pengurus komunikasi, Encik Bryan Chong, 29 tahun, memberitahu ST bahawa beliau cuba membuat panggilan ke hotel dan rumah kelab untuk membuat penyelidikan bagi acara korporat yang akan dianjurkan oleh syarikatnya, tetapi sebaliknya terpaksa menghantar e-mel kepada mereka.


“Terdapat juga (pilihan) panggilan WhatsApp dan panggilan Telegram, tetapi bagi syarikat atau perkhidmatan yang tidak mempunyai fungsi sedemikian, ia tetap menjadi masalah untuk kami menghubungi mereka,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >