Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengundi digalak jalan, naik pengangkutan awam ke pusat undi

Aug 30, 2023 | 05:49 PM



Pengundi dinasihatkan menaiki pengangkutan awam atau berjalan ke pusat mengundi pada Hari Mengundi yang bakal berlangsung pada Jumaat, kata polis.

Dalam kenyataan media pada Rabu, polis berkata meletak kereta tidak akan dibenarkan di dalam premis pusat mengundi yang terletak di tempat seperti sekolah dan kelab masyarakat.

Kereta juga tidak dibenarkan diletakkan di jalan-jalan raya dekat pusat mengundi.

Kenderaan yang didapati diletakkan secara sebarangan atau yang menyebabkan halangan boleh ditarik, tambah polis.

Bagi pengundi yang sakit, lemah atau kurang upaya, terdapat tempat turun khas di semua pusat mengundi bagi kenderaan yang membawa pengundi sedemikian.

Polis menambah bahawa pengundi harus meninggalkan pusat mengundi sejurus membuang undi dan tidak boleh berkeliaran di kawasan tersebut.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan menghubungi polis di talian 999 sekiranya mereka ternampak orang atau barang yang mencurigakan, seperti orang yang memakai pakaian luar biasa atau bungkusan dengan wayar atau yang mengeluarkan bau pelik.

“Polis komited untuk menjaga proses pilihan raya dan memastikan keselamatan orang ramai pada Hari Mengundi.

“Kami akan memantau keadaan dengan teliti dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana orang yang cuba mengganggu proses pengundian,” kata kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >