Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penunggang motosikal, basikal dibawa ke hospital selepas kemalangan di Sengkang

Nov 13, 2023 | 06:32 PM



Seorang penunggang motosikal, 36 tahun, dan seorang penunggang basikal menggunakan kuasa, 43 tahun, telah dikejarkan ke hospital selepas mereka bertembung pada Sabtu, kata polis.

Dalam kenyataannya, polis berkata ia menerima laporan mengenai kemalangan itu yang berlaku di Anchorvale Link menuju ke arah Anchorvale Street di Sengkang pada 12.15 tengah hari pada Sabtu.

Kedua-dua penunggang kenderaan tersebut telah dibawa ke Hospital Besar Sengkang, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura.

Dalam satu video dimuat naik di kumpulan Facebook, SG Road Vigilante, penunggang PAB itu kelihatan sedang membawa sebuah beg penghantaran makanan berwarna hitam dan memakai topi keledar.

Beliau kelihatan hendak keluar dari laluan jalan raya ke sebuah laluan lain dengan melintasi kotak kuning sebelum beliau terlanggar seorang penunggang motosikal kelihatan memakai seragam syarikat penghantaran makanan Grab dan peralatan penghantaran lain.

Apabila kejadian itu berlaku, tubuh badan penunggang PAB itu kelihatan memutar apabila beliau melayang keluar daripada kenderaannya termasuk topi keledarnya dan kemudian jatuh ke atas lantai.

Sementara itu penunggang motosikal itu pula tergelincir keluar dari rangka rakaman video itu.

Penunggang PAB itu kemudian dilihat sedang memegang kakinya dan cuba bangun dalam rakaman sekitar 30 saat itu.

Video itu telah mencatatkan lebih 91,000 tontonan dan lebih 1,100 reaksi sejak ia dimuat naik Ahad pagi.

Polis berkata siasatan sedang berterusan dan kedua-dua pengendali kenderaan itu dibawa ke hospital dalam keadaan sedarkan diri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >