Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penunggang S’pura maut apabila motosikal terbabas di Lebuh Raya EDL Johor

Jun 26, 2023 | 08:29 PM



Seorang penunggang motosikal warga Singapura maut setelah motosikalnya dikatakan terbabas di Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di selatan Johor Bahru pada pagi Isnin.

Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Ibu Pejabat Daerah Selatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berkata ia menerima panggilan tentang satu kemalangan melibatkan motosikal Singapura di Kilometer 3 Lebuh Raya EDL sekitar 1.50 pagi.


Ia menambah bahawa mangsa, Allahyarham Muhammad As Daniel Abdullah, dikatakan terbabas sendiri dan kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Beliau kemudian disahkan meninggal dunia dan usaha sedang dilakukan bagi membawa jenazahnya kembali untuk dikebumikan di Singapura.

Kakak Allahyarham, Cik Noor Sabariah, mengesahkan bahawa adiknya terlibat dalam kemalangan tersebut.

Menurutnya, arwah Daniel berusia 22 tahun dan merupakan anak bongsu di kalangan empat beradik.

Awal dari itu, laman Facebook SG Road Vigilante (SGRV) memuat naik pos yang menyatakan Allahyarham difahamkan dalam perjalanan pulang ke Singapura apabila nahas itu berlaku.







Dalam satu pos Facebook, abang Allahyarham, Encik Asroy Abdullah, berkata Allahyarham satu-satunya adik lelaki beliau.







“Sejak dari usia muda, anda selalu suka bermain dengan kucing kesayangan saya, selalu menghiburkan saya dengan gurau senda, membuat riuh rendah hingga saya rasa geram.

“Melihat awak membesar, saya berusaha menjadi abang terbaik untuk memberi awak nasihat tetapi saya faham, saya juga melaluinya (peringkat membesar),” ujar beliau.

Encik Asroy turut memuat naik gambar keluarganya dan berkata kali terakhir beliau bertemu Allahyarham ialah pada Hari Raya Aidilfitri.

“Kami membina kenangan bersama (dan) ia tidak akan pudar,” tambahnya.

Dalam pada itu, daripada komen pengguna Facebook di laman SGRV, difahamkan bahawa beberapa selekoh di lebuh raya tersebut amat berbahaya, sungguhpun terdapat pengadang tinggi di beberapa sektor selekoh.

Pada September 2021, dilaporkan bahawa seorang lelaki maut tercampak dari ketinggian enam meter di Kilometer 4 Lebuh Raya EDL menghala ke Pandan, apabila motosikal yang dinaiki beliau bersama adiknya hilang kawalan dan terbabas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >