Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyertaan S’pura dalam Mastera kukuhkan rangkaian penulis di Nusantara: Fahmi

Aug 19, 2023 | 07:13 PM



Keahlian Singapura dalam Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) penting dalam memperkukuh rangkaian dan membuka peluang untuk penulis dan pengamat sastera tempatan menimba ilmu daripada rakan seangkatan di Nusantara.

Demikian menurut Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, yang juga pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Encik Mohd Fahmi Aliman, semasa berucap di edisi pertama Hari Mastera 2023, anjuran MBMS di The Arts House, pada Sabtu.

Acara itu menandakan penglibatan rasmi Singapura dalam Mastera sejak 2012. Mastera yang ditubuhkan pada 1995 dan dianggotai negara rantau ini – Malaysia, Indonesia dan Brunei, bertujuan untuk mempromosikan sastera Melayu pada peringkat rantau melalui pelbagai program seperti seminar dan bengkel.

Jelas Encik Fahmi:

“Keanggotaan Singapura dalam Mastera amat penting kerana kita dapat memperkukuh rangkaian dengan penulis-penulis dan pengamat sastera dari rantau ini.

“Penyertaan Singapura dalam Mastera membuka peluang bagi MBMS menghantar belia-belia kita ke program-program Mastera,” kata Encik Fahmi, yang juga merupakan Anggota Parlimen GRC Marine Parade.

Program Mastera termasuk penulisan drama, pantun dan cerpen kendalian Mastera Indonesia.

Acara selama dua jam pada Sabtu itu menampilkan ucap utama oleh Jawatankuasa Persuratan Majlis Bahasa Melayu Singapura, Dr Azhar Ibrahim, yang bertajuk ‘Kenapa Nusantara Mesti Di Hati?.

Tokoh kesusasteraan Melayu Singapura, antaranya, Cik Kamariah Buang dan Encik Hamed Ismail tampil mendendangkan puisi mereka kepada para hadirin.

Sahabat Sastera yang dilantik MBMS turut mempersembahkan puisi dari Singapura, Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Pada 2021, MBMS telah memperkenalkan inisiatif Sahabat Sastera bagi membentuk generasi belia yang menghargai kesusasteraan Melayu dan membina dan menjana sastera di Singapura.

Encik Fahmi, yang dilantik pengerusi MBMS pada 1 Ogos, berkata adalah misi MBMS untuk menampilkan ke depan Sahabat Sastera di platform serantau sebegini supaya mereka dapat belajar dan bertukar-tukar pendapat dengan peserta dari negara lain.

Beliau menambah:

“Harapan saya kepada anda supaya anda terus mengamati dan menghasilkan karya ataupun kritikan sastera agar dapat membantu memperkukuh pembangunan sastera di Singapura dan di rantau ini.”

Dalam majlis itu, Encik Fahmi turut menyampaikan Anugerah Adijasawan Sastera kepada penulis Singapura, Cik Rohani Din, 70 tahun bagi mengiktiraf sumbangan beliau sepanjang 26 tahun menghasilkan karya sastera Melayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >