Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peranan guru tuisyen bagi pelajar pendapatan rendah perlu langkaui bilik darjah

Nov 18, 2023 | 07:50 PM



Peranan guru tuisyen bagi kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah bukan sekadar menyampaikan pengetahuan, tetapi ia juga melibatkan usaha memupuk hubungan yang melebihi bilik darjah, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat.

Berucap di acara Fiesta Pembelajaran Bersama Badan-Badan Bantu Diri (SHG) yang diadakan di Institut Pengurusan Singapura (SIM) pada Sabtu, Encik Chee menambah di luar kelas tuisyen, tanggungjawab guru tuisyen juga melibatkan pembukaan pintu peluang dan memperkasa minda anak-anak muda ini. 

“Interaksi bersama pelajar perlu melangkaui bilik darjah. Pada masa yang sama, guru tuisyen juga memainkan peranan sebagai mentor, panduan serta sistem sokongan yang mantap, yang dapat memastikan kemajuan mereka.

“Hubungan yang dijalinkan bersama mereka ini boleh menjadi sumber harapan pada masa-masa yang tidak menentu.

“Hubungan ini boleh menjadi asas membina masa depan yang lebih cerah untuk memastikan mobiliti sosial,” ujar Encik Chee.

Bertemakan ‘Membina Perhubungan, Memperkukuh Ikatan, Memaksimumkan Potensi’, acara yang diadakan buat julung-julung kali itu dianjurkan bersama oleh empat SHG – Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC), Persatuan Serani (EA), Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda) dan Yayasan Mendaki.

Hampir 250 guru tuisyen, tetamu dan kakitangan badan-badan bantu diri ini telah menghadiri acara yang meraikan komitmen bersama SHG terhadap pendidikan, selain menekankan usaha penambahbaikan dan kerjasama berterusan dalam kalangan pendidik dan guru-guru tuisyen.

Dalam ucapannya lagi, Encik Chee berkata bahawa dalam penganjuran bersama Fiesta Pembelajaran Bersama ini, kempat-empat SHG juga telah menekankan pentingnya keharmonian kaum di negara ini. 

Ini di samping mereka terus memainkan peranan penting memupuk ikatan yang kukuh merentas masyarakat yang berbeza serta memajukan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di sini. 

“Fokus berterusan SHG terhadap usaha berkaitan pendidikan mencerminkan lagi penekanan yang diberikan Singapura terhadap pendidikan holistik yang menyeluruh.


“Kami mahu pelajar mempunyai asas yang kukuh dalam pembelajaran mereka dan dilengkapi dengan kemahiran hidup dan nilai yang bukan sahaja membimbing mereka dalam dunia yang semakin berkembang, tetapi juga membolehkan mereka berkembang maju di dalam dunia ini,” tambahnya.


Dalam pada itu, Encik Chee turut berkongsi bahawa hingga kini, SHG telah menubuhkan sebanyak 205 Pusat Program Tuisyen Kolaboratif dengan hampir 17,000 pelajar mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan. 

Di acara Fiesta Pembelajaran Bersama itu, hadirin turut mengikuti sesi ucaptama bertajuk ‘Emotion Matters – The Key to Attention & Memory’ (Kepentingan Emosi Penting – Kunci kepada Memberi Perhatian & Ingatan) yang dikendalikan oleh Encik Tan Cher Chong dari Akademi Guru Singapura.

Mereka juga dapat mengunjungi reruai interaktif selain menghadiri sesi oleh penceramah dari pelbagai SHG, yang menawarkan pandangan dan sumber yang berharga untuk meningkatkan keberkesanan mereka sebagai pendidik.

Mengulas tentang acara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah, berkata Fiesta Pembelajaran Bersama merupakan satu peluang berharga bagi kakitangan dan guru tuisyen dari kesemua SHG untuk bersama-sama mengukuhkan hubungan dan meneroka cara mereka meningkatkan pengajaran untuk menyokong pelajar dengan lebih baik.

“Meskipun gred adalah penting, kami juga memberi penekanan pada usaha memupuk dan menunjukkan belas ihsan dalam hubungan guru tuisyen-pelajar dan mentor-menti kami.

“Ini menggariskan usaha kami untuk meningkatkan keyakinan pelajar dan belia, meluaskan perspektif mereka kepada pembelajaran sepanjang hayat dan memperluas laluan mereka untuk berjaya,” kata beliau.

Seorang mentor dan guru tuisyen dari Skim Tuisyen Mendaki (MTS) yang hadir, Encik Adam Mas Senin Mas Seman, 43 tahun, pula berpendapat acara itu dapat memudahkan lagi kerjasama dan perkongsian ilmu dalam kalangan pendidik.


Beliau yang telah 17 tahun menyumbang tenaganya bersama MTS berkata:


“Sebagai contoh, reruai interaktif menyediakan peluang yang baik kepada guru tuisyen untuk mempelajari persamaan dan perbezaan dalam teknik pengajaran yang digunakan oleh SHG yang berbeza.


“Adalah penting bagi kami (sebagai guru tuisyen) untuk mempunyai minda terbuka agar dapat menerima perbezaan ini supaya dapat menjadi pelajar dan guru tuisyen yang lebih baik.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >