Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pupuk ikatan kaum melalui kem bola sepak

Jun 19, 2023 | 04:23 PM



Hampir 100 kanak–kanak berusia 7 hingga 12 tahun menghadiri kem bola sepak berbilang kaum yang dianjurkan buat julung-julung kali di Stadium Jalan Besar pada pagi Isnin.

Kem itu dilancarkan oleh Persatuan Serani (EA), dengan kerjasama Badan-Badan Bantu Diri (SHG) lain – Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC), Yayasan Mendaki dan Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda).

Ia juga ditaja oleh Singapore Pools dan disokong oleh Majlis Sukan Singapura dan Akademi Bola Sepak ActiveSG, yang menyediakan jurulatih.

Selain bertujuan meningkatkan kemahiran bola sepak kanak-kanak lelaki dan perempuan daripada berlainan kaum, kem itu menyatukan mereka dalam persekitaran seronok untuk menggalakkan keharmonian kaum dan keterangkuman melalui sukan.

Kem itu, yang berlangsung selama tiga hari, terdiri daripada pelbagai latihan bola sepak dan satu kejohanan akan diadakan pada hari terakhir iaitu pada 21 Jun.

Setiausaha Parlimen Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua, yang menghadiri acara pelancaran itu, menekankan peranan yang dimainkan oleh SHG dan usaha kerjasama mereka dalam menyatukan kanak–kanak daripada berlainan kaum.

“Kem bola sepak ini adalah satu usaha yang baik dalam mendekati golongan muda kita dan menyokong pembangunan mereka yang melangkaui bidang akademik.

“Sukan menawarkan kanak-kanak ini peluang berinteraksi dan mengeratkan ikatan dengan rakan sebaya merentasi masyarakat dan budaya.

“Usaha ini mencerminkan peranan penting yang terus dimainkan oleh SHG sebagai sebahagian daripada rangkaian yang lebih luas untuk mengukuhkan perpaduan sosial di Singapura,” kata Encik Chua.

Antara kanak-kanak yang menghadiri kem tersebut ialah Mohammad Asyraff Hayden Mohammed Syarizal daripada Sekolah Rendah Canberra.

Pelajar berusia 10 tahun itu, yang mengikuti Skim Tuisyen Mendaki (MTS), mendapat tahu tentang kem bola sepak tersebut melalui pusat MTS-nya di Sekolah Menengah Canberra.

MTS menawarkan sokongan akademik untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains kepada pelajar Islam pada peringkat sekolah rendah dan menengah.

Mohammad Asyraff, yang merupakan sebahagian daripada pasukan bola sepak sekolah rendahnya, dilihat berseronok di Stadium Jalan Besar ketika mengambil bahagian dalam sesi latihan bersama kanak-kanak lain.







“Pemain bola sepak kegemaran saya ialah Cristiano Ronaldo. Beliau telah memberi saya inspirasi untuk bekerja lebih keras dalam bola sepak untuk berjaya.

“Saya menyertai kem ini kerana saya suka bermain bola sepak dan saya mahu meningkatkan kemahiran menggelecek dan membuat hantaran supaya saya boleh menjadi pemain yang lebih baik,” kongsinya kepada Berita Harian (BH).


Mohammad Asyraff, yang bercita–cita mewakili pasukan bola sepak nasional pada masa depan, menambah bahawa dia juga menyertai kem itu untuk mendapatkan kawan baru.

Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah, memberitahu BH bahawa beliau percaya kem itu memberi peluang baik kepada kanak-kanak memupuk hubungan yang lebih erat antara satu sama lain.

“Saya amat besar hati Mendaki dapat menyokong kem bola sepak dianjurkan Persatuan Serani ini. Inisiatif ini menggalak kanak–kanak daripada pelbagai kaum dan budaya untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

“Kami akan terus bekerjasama dengan SHG lain untuk menganjurkan program sebegini dalam usaha membangunkan masyarakat yang inklusif dan padu,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >