Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peranan penting CDC bina masyarakat, bantu penduduk: PM Lee

CDC Central umum pembentukan dana baru bernilai $10j untuk sokong 100 daya usaha bagi penduduk sempena peringati LKY100
Sep 26, 2023 | 05:30 AM



Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) terus memainkan peranan penting di peringkat daerah dan akan meneruskan tugas mereka untuk membina masyarakat serta menangani keperluan penduduk, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

“CDC seakan pejabat wilayah. Ia memainkan peranan penting di peringkat daerah – anda bekerjasama rapat dengan divisyen akar umbi dan agensi khidmat sosial untuk mengumpulkan keperluan penduduk, anda membina sumber, keupayaan dan kecekapan supaya kami mempunyai rangkaian sukarelawan dan penderma yang kukuh untuk bekerjasama.

“Anda juga menghubungkan keperluan dan sumber serta berfungsi sebagai jambatan antara penduduk dengan pemerintah,” kata Encik Lee.

“Misi ini... mungkin tampak senang tetapi sebenarnya, banyak kerja keras perlu dilakukan di balik tabir untuk menyatukan masyarakat, menjaga golongan terdedah dan yang memerlukan, membantu penduduk meningkatkan kemahiran dan kekal relevan,” tambah beliau.

Encik Lee berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya sempena Majlis Pelantikan Majlis CDC Central Singapura ke-11 pada Isnin di Balai Rakyat Jalan Besar.

Di majlis tersebut, Mayor CDC Central Singapura, Cik Denise Phua, telah mengumumkan pembentukan dana baru bernilai $10 juta untuk menyokong 100 daya usaha bagi penduduk daerah sana sempena memperingati 100 tahun kelahiran Perdana Menteri Singapura yang pertama, mendiang Encik Lee Kuan Yew (LKY100).

Inisiatif-inisiatif ini akan diperkenal secara berperingkat dalam beberapa fasa sepanjang tiga tahun akan datang.

Dalam Fasa Pertama, CDC Central Singapura akan menambah tujuh tawaran baru di atas inisiatif sedia ada termasuk skim subsidi tambang bas sekolah, dana bantuan keluarga ComLink (untuk membantu keluarga dengan anak-anak yang tinggal di flat sewa), skim pekerjaan setempat (untuk mencipta pekerjaan dalam estet kejiranan bagi penduduk yang mencari kerja), SkillsFuture bagi warga muda dan belia, SkillsFuture bagi keluarga, Chess @ Central (untuk membina kemahiran strategik dan perancangan, penumpuan dan menggalakkan interaksi sosial dalam masyarakat) dan Purple Hearts @ Central (untuk memulakan rangkaian sokongan di peringkat setempat bagi membantu keluarga yang mempunyai anak-anak berkeperluan khas).

“Tawaran ini akan tertumpu kepada lima tonggak penting bagi kehidupan yang lebih baik: kesejahteraan kewangan, kesejahteraan fizikal dan kelestarian, kesejahteraan dan keterangkuman sosioemosi, pembelajaran sepanjang hayat serta perkhidmatan kepada orang lain,” kata Cik Phua.

Cik Phua dan Encik Lee telah menyampaikan sijil pelantikan kepada seramai 64 Ahli Majlis Daerah pada Isnin.

Daripada jumlah tersebut, 16 anggota dilantik buat kali pertama.

Encik Lee memuji kesemua 64 individu itu kerana “melangkah ke hadapan dan memimpin masyarakat”.

“Kelima-lima CDC kita akan meneruskan tugas mereka membina masyarakat dan memenuhi keperluan penduduk dan masyarakat kita,” kata Encik Lee.

Menyentuh tentang CDC Central Singapura secara khususnya, beliau menambah:

“Dengan semangat dan tenaga sukarelawan kita, kepimpinan aktif Datuk Bandar Denise serta sokongan daripada rakan kerja seperti Far East Organization, StarHub, Temasek Foundation, UOB dan banyak lagi, saya yakin anda akan terus membina kehidupan yang lebih baik bagi penduduk anda.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >