Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anggota baru CDCNorth West ingin bantu masyarakat amal gaya hidup sihat

Sep 18, 2023 | 04:01 PM



Seorang anggota Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North West yang baru dilantik, Dr Faisal Johandi, berharap dapat menyemarakkan masyarakat, termasuk masyarakat Melayu/Islam, dalam mengamalkan atau mula mengamalkan gaya hidup sihat. 

Beliau berkata terdapat struktur sokongan yang tersedia untuk membantu masyarakat dalam inisiatif itu.

Dengan pengalaman melakukan kerja sukarela dan kepakaran beliau dalam bidang perubatan sebagai doktor geriatrik (kajian tentang penyakit, rawatan dan penjagaan dalam kalangan orang tua), Dr Faisal berharap dapat mempertingkatkan idea dan usaha bagi menghasilkan lebih banyak penyelesaian terhadap cabaran yang dihadapi warga emas dan masyarakat di semua peringkat umur.

Dr Faisal, 34 tahun, sebelum ini merupakan Residen Kanan di Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHG).

Selain menjadi sukarelawan muda yang aktif dalam kerja kemasyarakatan, beliau juga merupakan peneraju penglibatan komuniti bagi NHG.

Beliau juga secara aktif telah menjadi sukarelawan di divisyen Yew Tee, yang merupakan sebahagian daripada GRC Marsiling-Yew Tee.

Majlis Pelantikan dan penghargaan Makan Tengah Hari CDC North West telah diadakan di Bangunan Parlimen pada Sabtu, dengan dihadiri tetamu terhormat, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.

Semangat ingin menyumbang kepada masyarakat mendorongnya menerima peranan sebagai anggota baru CDC North West.

Menurutnya, anggota CDC North West akan melancarkan program untuk semua lapisan masyarakat dengan tumpuan meningkatkan golongan kurang bernasib baik.

Mereka juga akan meningkatkan keupayaan serta daya tahan melalui peluang peningkatan kemahiran serta mengumpulkan sumber dan menghubungkan mereka dengan rakan kongsi dalam komuniti.

Menekankan perlunya idea baru dan meningkatkan idea sedia baik dalam melangkah ke hadapan, Dr Faisal berkata adalah penting memahami situasi dan masalah untuk menghasilkan penyelesaian yang bermakna.

“Di samping meneruskan apa yang telah dilaksanakan, kita boleh memikirkan bagaimana mencari jalan penyelesaian yang lebih baik,” kata beliau sambil berharap pelantikannya akan membolehkan beliau mendekati dan mengenali masyarakat dengan lebih baik.

Beliau berharap lebih ramai masyarakat Melayu/Islam bersedia menyertai program-program yang diadakan.

“Kami akan cuba yang terbaik dalam memenuhi jangkaan dan kehendak masyarakat Melayu dengan mengadakan program yang sesuai,” tambah Dr Faisal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >