Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peranti ERP generasi baru dipasang dalam kenderaan mulai Nov

Oct 23, 2023 | 07:57 PM



Peranti baru dalam kenderaan atau ‘on-board units’ (OBU) untuk sistem Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) berteraskan satelit akan mula dipasang dalam kenderaan secara bertahap dan dijangka akan dimuktamadkan menjelang akhir 2025.

OBU akan dipasang dalam hampir 1 juta kenderaan mulai 1 November dengan kira-kira 20,000 kenderaan pertama – yang berdaftar dengan syarikat atau organisasi.

Ini diikuti dengan pemasangan OBU dalam kenderaan baru pada suku pertama 2024 manakala kenderaan sedia ada akan menerima OBU secara berkelompok berdasarkan umur sesebuah kenderaan.

Menukil The Straits Times, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menawarkan pilihan kepada mereka yang tidak ingin memasang paparan skrin sentuh untuk mengakses maklumat utama melalui aplikasi telefon pintar.


OBU baru merangkumi tiga komponen: unit pemprosesan di bahagian kaki penumpang hadapan, antena dan paparan skrin sentuh yang dipasang pada cermin depan. Motosikal hanya memiliki satu unit OBU pada bar hendal.

Pemilik kenderaan akan menerima pemberitahuan daripada LTA apabila tiba giliran mereka untuk memasang OBU.

LTA berkata bahawa pemasangan OBU percuma jika dilakukan dalam tempoh dua bulan selepas pemberitahuan dan butiran lanjut mengenai pemasangan akan diumumkan awal tahun depan.

Sistem ERP baru itu akan menggantikan sistem ERP semasa yang kini berusia 25 tahun, yang menurut LTA telah mencapai penghujung jangka hayat operasinya.

LTA pada masa ini “tiada rancangan segera” untuk mengenakan bayaran kepada pemandu berdasarkan jarak perjalanan mereka.

Semasa tempoh peralihan, tiada perubahan dalam cara pengguna kenderaan dikenakan bayaran. Gantri ERP akan dialih keluar secara beransur-ansur selepas pemasangan, dan LTA sedang mempertimbangkan penanda atau tanda visual untuk menunjukkan lokasi yang dikena bayaran ERP.

Paparan skrin sentuh memberikan maklumat tentang lokasi dan bayaran ERP, baki kad, kemas kini keadaan trafik dan lokasi zon perak, zon sekolah, kamera kelajuan dan lorong bas. Ciri-ciri lanjut seperti pembayaran untuk tempat letak kereta di tepi jalan dan makluman trafik masa nyata akan tersedia apabila semua kenderaan sudah mempunyai OBU baru.

“Pemandu kenderaan digalakkan memasang ketiga-tiga komponen OBU untuk mengakses semua ciri-cirinya,” kata LTA.

Bagi mereka yang ingin menggunakan telefon pintar untuk mendapat maklumat ERP, OBU telah direka bentuk dengan langkah keselamatan dan telah menjalani ujian yang meluas untuk menghapuskan isu yang berkaitan dengan sistem telefon pintar, termasuk fungsi aplikasi, kuasa peranti dan ketersambungan rangkaian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >