Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perbetul struktur jurulatih bola sepak S’pura: Aide

May 29, 2023 | 05:30 AM



Berikutan persembahan hambar di Sukan SEA, terdapat gesaan supaya semakan dibuat terhadap proses pembangunan pemain bola sepak muda setempat. Dalam temu bual dengan sebuah media tempatan baru-baru ini, pemangku presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) Bernard Tan berkata panel semakan akan dibentuk bagi menyemak prestasi pasukan bola sepak lelaki Singapura sewaktu Sukan SEA ke-32, yang turut menyaksikan pasukan itu dibelasah 7-0 oleh Malaysia. Semasa semakan sedang dijalankan, skuad bawah 22 tahun tidak akan terlibat dalam sebarang kejohanan antarabangsa sehingga semakan selesai. Sementara itu, Berita Harian (BH) mengetengahkan pandangan dari beberapa bekas pemain dan pakar sewaktu wawancara dengan akhbar ini serta akhbar setempat lain baru-baru ini.


SEBELUM bola sepak Singapura mampu kembali ke zaman kegemilangannya, terdapat keperluan untuk memperkenalkan sistem penstrukturan baru bagi setiap jurulatih di sini.

Demikian usulan yang dikemukakan bekas kapten pasukan negara, Aide Iskandar dan bekas jurulatih skuad Singa, Jita Singh dalam satu rakaman #NoTapis Extra Time – sebuah podcast sukan terbitan Berita Harian/Berita Minggu.

Aide menekankan bahawa struktur jurulatih dalam bola sepak Singapura harus diperbetulkan terlebih dahulu.

Dengan itu beliau telah mencadangkan supaya jurulatih tempatan dibahagikan kepada tiga cabang – elit, pembangunan dan akar umbi.

Ini ditetapkan berdasarkan pengalaman bermain jurulatih dan keupayaan mereka untuk melatih pasukan di tahap tertentu.

Setiap cabang menurutnya lagi mempunyai set hala tujunya sendiri tetapi dengan matlamat utama iaitu untuk mengenal pasti dan membina saluran pemain untuk pasukan kebangsaan.

Aide, yang pernah mengendalikan skuad Singa Muda pada 2013 hingga 2015 berkata: “Jika boleh saya kata secara jujur, berdasarkan struktur, kita di sini bergelut dari segi mengkategorikan jurulatih.

“Saya rasa kita perlu meletakkan mereka dalam tiga ‘bakul’ – jurulatih elit, jurulatih pembangunan dan jurulatih akar umbi.

“Kita tidak mempunyai sistem penapisan untuk mengkategori mereka dan seseorang yang dapat mengenal pasti kebolehan jurulatih ini.”







Menjelaskan saranannya, Aide berkata jurulatih yang mahir dalam taktik bola sepak boleh menjadi pakar taktik dan mengambil pasukan elit.

Sementara itu, mereka yang bagus dalam mengajar teknik bola sepak boleh disertakan dalam kategori jurulatih pembangunan belia.

Kelayakan setiap jurulatih juga memainkan peranan, menurut Aide lagi.

Sebelum mereka dapat dikategorikan sebagai jurulatih elit mahupun pembangunan belia, beliau menekankan bahawa jurulatih juga harus pernah bermain bola sepak di tahap tertentu – sebaik-baiknya secara profesional atau telah mewakili pasukan Singa.

“Mereka mesti tahu menunjukkan kepada pemain cara membuat hantaran 20 meter, hantaran melambung atau hantaran kuat.

“Oleh itu, saya fikir ada jurang dalam bahagian ini dan sekiranya FAS (Persatuan Bola Sepak Singapura) dapat cuba memperbetulkannya, saya fikir ia akan membantu membentuk apa yang kita boleh memperbaiki dalam jabatan kejurulatihan,” tambahnya.

Kedua-dua Aide dan Jita akur bahawa Singapura mempunyai ramai bakat jurulatih bola sepak, namun kemahiran mereka hanya perlu diasah dengan menimba pengalaman dan menyahut cabaran melatih pasukan luar negara, seperti yang sudah dilakukan beberapa jurulatih setempat.

Antara mereka termasuk Fandi Ahmad (ketua jurulatih di kelab Liga Super Malaysia Sri Pahang), Akbar Nawas (pengarah sukan di kelab Liga 2 Thailand Udon Thani), V. Sundram Moorthy (pengarah teknikal di Persekutuan Bola Sepak Laos), Aidil Sahrin (ketua jurulatih kelab Liga 1 Indonesia Persikabo 1973) dan Clement Teo (ketua jurulatih kelab Liga Perdana Kemboja Boeung Ket).

Beberapa jurulatih belia negara, Kadir Yahaya (ketua bola sepak belia di kelab Liga 1 Thailand BG Pathum) dan Herman Zailani (ketua pendidikan jurulatih bersama Persekutuan Bola Sepak Laos) turut mengikut jejak langkah itu.

Jita yang mempimpin skuad nasional dari 1979 hingga 1984 dan membantu Singa menjulang Piala Malaysia 1980, berkata terdapat keperluan untuk menghantar bakat jurulatih setempat ke luar negara untuk mendapatkan pengalaman yang boleh dibawa pulang dan diterapkan dalam pasukan negara.

“Saya rasa buat masa ini jurulatih tempatan kita tidak cukup pendedahan antarabangsa.

“Mereka menyertai kursus tempatan yang dikendalikan oleh mungkin jurulatih tempatan kita sendiri ataupun mungkin jurulatih dari rantau Asia.

“Dan selepas itu mereka hanya mengendalikan peringkat kelab dengan hanya beberapa yang bernasib akan menjadi jurulatih kebangsaan. Ini bukan cara yang betul untuk melakukannya.

“Anda perlu menghantar jurulatih ini ke luar negara, bukan untuk sebulan atau dua bulan. Kenal pasti siapa yang bagus, hantar mereka untuk menimba ilmu dan pengalaman di kelab luar negara dan biarkan mereka belajar daripada pasukan senior di sana tentang cara mengendalikan pemain, cara bekerja, dan sebagainya.

“Dan apabila mereka kembali, mereka boleh menerapkan pengalaman tersebut dan apa yang telah mereka pelajari kepada para pemain mereka,” kata Jita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >