Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Keluarga cuti 4 hari, 3 malam, teroka S'pura naik basikal

Bawa khemah untuk bermalam di tepi pantai bersama anak-anak
Jun 10, 2022 | 05:30 AM



PERCUTIAN tanpa perlu membelanjakan jumlah wang yang besar bagi tempat tinggal mewah mahupun tiket penerbangan yang mahal?



Itulah yang dilakukan Encik Muhammad Rezal Ramli, 42 tahun, buat keluarga berempatnya semasa cuti sekolah Jun ini.



Menggunakan basikal sebagai mod pengangkutan, beliau dan isterinya mengayuh merentas pulau ini sambil membawa dua anak mereka yang berusia enam tahun dan empat tahun, sehingga mereka tiba di lokasi penginapan untuk bermalam.



Tempat tidur mereka pula bukannya di katil empuk atau bilik berhawa dingin, tetapi di dalam sebuah khemah yang diangkutnya sepanjang perjalanan.



Tidur mereka pula ditemani angin yang meniup pantai dan terletak di tapak perkhemahan yang percuma.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Encik Rezal berkongsi bahawa beliau memang sudah lama berhasrat mahu melakukan kegiatan sebegini dan keadaan akhirnya mengizinkan.



"Kini di Singapura, konsep mengayuh basikal mengelilingi pulau adalah sesuatu yang boleh dilakukan kerana Rangkaian Penghubung Taman (PCN) kita jauh lebih baik berbanding dahulu," jelasnya yang melakukan percutian berbasikal itu selama empat hari tiga malam.



Berkongsi jadualnya, Encik Rezal yang merupakan pemilik perniagaan Happy Cycle berkata dari kediamannya di Bedok Selasa lalu, mereka mengayuh ke Pasir Ris untuk bermalam di pantai taman tersebut.



Keesokannya mereka meneruskan perjalanan ke bahagian utara melalui Punggol, Yishun, Woodlands, sebelum menuju ke arah barat di mana mereka bermalam di Taman West Coast.



Bagi hari ketiga, yang menurutnya lebih santai, mereka berbasikal ke daerah Bugis untuk bermalam di Hotel Carlton yang berharga $250.



Ketika ditanya mengenai jarak perjalananya, beliau memberi anggaran bahawa ia kira-kira 120 kilometer secara keseluruhan, tetapi menyatakan beliau tidak menjejaki kejauhannya.



"Tujuan melakukan kegiatan ini bukanlah untuk mencapai sasaran dan sebagainya, ataupun menyelesaikan Laluan Keliling Pulau.



"Bagi saya, ia tentang pengalaman mengayuh bersama, mengembara, meluangkan masa bermutu bersama keluarga, melihat pemandangan baru bersama keluarga lebih-lebih lagi dengan anak-anak saya yang suka dengan alam semula jadi," katanya yang juga seorang guru tambahan fleksi bagi pendidikan jasmani.



Beliau akui bahawa proses mengemas barang adalah proses yang paling mencabar.



Ini memandangkan beliau dan isterinya perlu teliti dengan apa yang mereka bawa.



Hanya barangan penting sahaja dibawa demi memastikan ia tidak menyukarkan pengembaraan mereka berbasikal.



Contohnya, mereka perlu membawa khemah kecil yang boleh dilipat menjadi padat, dan memastikan baju mereka tidak banyak dan sebaliknya, membasuh dan mengeringkannya untuk dipakai semula.



Beliau menasihati agar orang ramai yang ingin melakukan kegiatan seperti ini memikirkan tentang alat basikal yang mereka perlukan.



Sekiranya mereka tidak mampu membawa barang yang berat, mereka boleh mempertimbang menggunakan treler khusus untuk basikal.



Yang penting, pastikan untuk cuba membawa barang yang berat itu bersama anak di basikal sebelum memulakan perjalanan supaya dapat memastikan semuanya selamat dan basikal stabil, katanya.



Menyifatkan pengalaman berbasikal ini sebagai suatu yang hebat dan penuh memori, Encik Rezal berkata:



"Ia tidak mahal, anda tidak perlu melancong jauh, anda tidak memerlukan banyak hari... anda tidak perlu mengejar masa.



"Jika anda rasa panas, berhenti. Jika anda teringin makan aiskrim, berhenti.



"Daripada anda menuju ke satu destinasi menaiki bas atau kereta, kenapa tidak cuba pengalaman baru ini?"




"Kini di Singapura, konsep untuk mengayuh basikal mengelilingi pulau adalah sesuatu yang boleh dilakukan kerana Rangkaian Penghubung Taman (PCN) kita jauh lebih baik berbanding dahulu.



Ia tidak mahal, anda tidak perlu melancong jauh, anda tidak memerlukan banyak hari... anda tidak perlu mengejar masa.



Jika anda rasa panas, berhenti. Jika anda teringin makan aiskrim, berhenti.



Daripada anda menuju ke satu destinasi menaiki bas atau kereta, kenapa tidak cuba pengalaman baru ini?"
- Encik Muhammad Rezal Ramli.




PERCUTIAN KEMBARA DENGAN BASIKAL



HARI PERTAMA:

Bedok - Bedok Reservoir - Pasir Ris



HARI KEDUA:

Pantai Pasir Ris - Jambatan merah Lorong Halus - Punggol Waterway - Taman Sengkang Riverside - Taman Rower's Bay - Empangan Yishun - Taman Sembawang Hot Spring - Woodlands - Terusan Pang Sua - Choa Chu Kang - Bukit Batok - penghubung taman Ulu Pandan - West Coast Road - Taman West Coast



HARI KETIGA:

West Coast - Terusan Taman Alexandra - Sungai Singapura - Esplanade - Padang - City Hall - Hotel Carlton



HARI KEEMPAT:

Bugis - Bedok



PANDUAN UNTUK ORANG RAMAI:



1. Mula secara kecil-kecilan. Tetapkan matlamat untuk jarak yang lebih pendek dan mungkin mula dengan satu malam dahulu.



Dengan cara itu, ia mampu ditangani dan pada masa yang sama, unsur keseronokan dan pengembaraan masih ada.



2. Fikirkan tentang peralatan basikal yang anda perlukan.



Jika anda tidak dapat mengangkat barang yang berat, pertimbang gunakan treler khusus untuk basikal.



Cuba uji membawa barang bersama anak anda dahulu supaya dapat pastikan ia selamat dan basikal stabil.



3. Usah hanya pandang ke titik akhir perjalanan.



Nikmati perjalanan itu kerana ia sama penting, malah mungkin lebih penting daripada destinasinya.



Nikmati apa yang anda lihat dan dengar, tunjukkan kepada anak anda perkara menarik yang mereka mungkin terlepas pandang.



Berhenti seberapa kali anda mahu untuk memerhatikan apa yang ada di sekeliling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >