Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pergaduhan di Hotel Concorde: Lelaki 29 tahun didakwa bunuh

Aug 22, 2023 | 04:36 PM



Seorang lelaki berusia 29 tahun telah didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh pada Selasa selepas seorang lelaki ditemui maut berikutan pergaduhan di Orchard Road pada Ahad pagi.

Asvain Pachan Pillai Sukumaran dituduh membunuh Encik Mohammad Isrrat Mohd Ismail sekitar 6 pagi dalam kejadian 20 Ogos lalu di 100 Orchard Road – alamat Hotel Concorde Singapore dan Pusat Beli-Belah Concorde.

Sebelum ini, Encik Isrrat dilaporkan mengalami pelbagai kecederaan dan tidak sedarkan diri ketika dikejarkan ke hospital – tempat beliau disahkan meninggal dunia, lapor The Straits Times.


Seorang lagi lelaki berusia 23 tahun, dikejarkan ke hospital dalam keadaan sedar dengan beberapa kecederaan di tubuhnya.

Asvain, yang diwakili oleh Encik Riyach Hussain, ditahan reman dan dihadapkan ke mahkamah pada Selasa melalui pautan video.

Hakim Daerah, Encik Terence Tay, membenarkan dia dibawa keluar dari tempat tahanan reman di Divisyen Polis Central untuk polis meninjau semula tempat kejadian dan mendapatkan sebarang bukti.

Seramai 10 lagi telah didakwa berhubung kes itu, termasuk tujuh yang didakwa pada Selasa.

Mereka termasuk Muhammad Shahrulnizam Osman, 30 tahun, yang dituduh secara sengaja menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya.

Shahrulnizam, yang tidak diwakili peguam, didakwa menggunakan pisau roti dengan bilah sepanjang 30 sentimeter untuk menetak Visnu Suriamurthi, 27 tahun, sehingga mencederakan dadanya.

Visnu didakwa, di Kamar Mahkamah Pendaftaran Jenayah dalam perbicaraan yang tidak dibuka kepada orang ramai, dengan satu pertuduhan merusuh dengan menggunakan senjata.

Menurut sistem komputer mahkamah, dia dimasukkan ke dalam wad di Hospital Besar Changi dan akan direman selepas dibenarkan keluar.

Lima lelaki lain masing-masing dikenakan pertuduhan yang sama setiap seorang.

Enam daripada mereka didakwa merupakan anggota perhimpunan haram yang menyalahi undang-undang.

Seorang atau lebih daripada anggota perhimpunan itu didakwa melakukan kesalahan tersebut dan mencederakan Encik Isrrat.

Kavind Raj Kannan, 24 tahun, Manojkumar Velayanatham, 31 tahun, dan Sridharan Elangovan, 28 tahun, diwakili peguam Encik N. Divanan.

Arun Kaliaperumal, 32 tahun, diwakili oleh Encik Ramesh Tiwary, dan Sharvin Jay Nair, 24, juga diwakili oleh Encik Riyach.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >