Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perkahwinan warga catat paras tertinggi tahun lalu, rakyat makin tua

Laporan oleh Divisyen Kependudukan dan Bakat Nasional turut tunjuk sekitar satu perempat warga akan berusia 65 tahun ke atas jelang tahun 2030
Sep 29, 2023 | 07:59 PM



Tahun 2022 menyaksikan jumlah perkahwinan pasangan warga Singapura yang paling tinggi, meneruskan trend jumlah pernikahan yang meningkat dua tahun berturut-turut sejak 2020 di mana pandemik Covid-19 menjejas rancangan perkahwinan ramai.

Sementara itu, dengan kurangnya kelahiran dan jangka hayat lebih lama, warga Singapura kini berusia dengan lebih pantas.

Jumlah warga yang berusia 65 tahun ke atas bertambah dengan pesat berbanding sedekad lalu.

Dari 11.7 peratus pada 2013, ia meningkat kepada 19.1 peratus pada 2023, menurut laporan Sorotan Penduduk tahunan yang dikeluarkan pemerintah pada Jumaat.

Menjelang 2030, sekitar satu perempat warga, atau 24.1 peratus, akan berusia 65 tahun ke atas.

Laporan oleh Divisyen Kependudukan dan Bakat Nasional (NPTD) menunjukkan sebahagian besar golongan baby boomer – atau yang lahir antara 1946 dan 1964 – telah mula mencapai usia 65 tahun ke atas.


Pada 2023, individu-individu tersebut berusia antara 59 hingga 77 tahun.

Sementara itu, seramai 24,767 perkahwinan warga Singapura berlangsung pada 2022, naik daripada sejumlah 23,433 pada 2021, disebabkan pasangan yang meneruskan rancangan perkahwinan mereka yang terjejas dek pandemik.

Namun, jumlah perkahwinan warga secara purata untuk tempoh lima tahun lalu, iaitu 22,700, kekal rendah berbanding lima tahun sebelumnya, iaitu 23,600.

Usia median untuk pasangan yang berkahwin buat kali pertama adalah 30.5 tahun bagi lelaki dan 28.8 tahun bagi wanita pada 2022 – meningkat daripada 30.1 tahun bagi lelaki dan 27.7 tahun bagi wanita pada 2012.

Sebanyak 30,429 kelahiran warga Singapura dicatatkan pada 2022, merosot 4 peratus daripada 31,713 pada 2021, dengan jumlah kadar kesuburan (TFR) warga secara keseluruhan yang terendah pernah dicatatkan iaitu 1.04 pada 2022.

Menurut laporan tersebut, kemerosotan yang dilaporkan pada 2022 selari dengan Tahun Harimau dalam kalendar Cina, yang secara amnya dikaitkan dengan kelahiran rendah di kalangan orang Cina.

TFR bagi warga Singapura berbangsa Cina jatuh dari 0.96 pada 2021 kepada 0.87 pada 2022.

TFR di kalangan orang India pula jatuh dari 1.05 pada 2021 kepada 1.01 pada 2022.

Sementara itu, TFR bagi masyarakat Melayu meningkat dari 1.82 pada 2021 kepada 1.83 pada 2022.

Dengan kelonggaran sekatan perjalanan yang dikuat kuasa sejak Covid-19, lebih ramai warga dan Penduduk Tetap (PR) yang menetap di luar negara kembali ke Singapura.

Secara keseluruhan, terdapat seramai 5.92 juta penduduk di Singapura pada Jun 2023, meningkat 5 peratus berbanding Jun 2022.

Laporan tersebut menyatakan kadar pertumbuhan penduduk secara purata dalam tempoh lima tahun lalu hampir sama dengan tempoh lima tahun sebelumnya, dengan mempertimbangkan kemerosotan jumlah tersebut pada 2020 dan 2021 semasa tempoh pandemik.

Jumlah warga Singapura pula meningkat 1.6 peratus kepada 3.61 juta pada Jun 2023, berbanding 3.55 juta pada Jun 2022 sementara jumlah PR meningkat 3.7 peratus, daripada 0.52 juta kepada 0.54 juta dalam tempoh sama.

Penduduk yang bukan warga pula meningkat sebanyak 13.1 peratus, dari 1.56 juta pada Jun 2022 kepada 1.77 juta pada Jun 2023, disebabkan meningkatnya pekerja asing.

Laporan itu turut menambah, kadar imigresen terus stabil. Pada 2022, seramai 23,082 orang telah diberikan kewarganegaraan dan 34,493 telah diberikan status PR.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >