Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu kekang ucapan benci dan terus erat harmoni kaum, agama: Asatizah

Apr 04, 2019 | 05:30 AM



PENDEKATAN tegas Singapura terhadap ucapan kebencian memang diperlukan, tetapi ia juga tidak harus menjadikan orang ramai gentar atau mengelak terus daripada mengadakan perbincangan terbuka tentang kaum dan agama.



Perbincangan seperti itu perlu demi memupuk hubungan lebih erat serta meningkatkan pemahaman antara pelbagai masyarakat.



Demikian menurut beberapa asatizah yang mengulas tentang perbahasan berhubung ucapan kebencian dan bersifat menyelar, di Parlimen baru-baru ini.



Zamil Penyelidikan Bersekutu Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Ustaz Mustazah Bahari, berkata undang-undang tegas menjadikan orang lebih berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu yang boleh disalah erti.



"Rata-rata rakyat Singapura berpendidikan dan boleh berfikir secara waras sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan konflik atau ketegangan.



"Selain pengkuatkuasaan undang-undang, badan agama setempat perlu terus berdialog dan eratkan hubungan baik sesama mereka, dan sampaikan kepada penganut masing-masing untuk faham kepentingan berhati-hati dalam memberi kenyataan yang boleh memprovokasi isu kaum dan agama," ujar Ustaz Mustazah.



Dalam kenyataan menteri di Parlimen Isnin lalu, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, membentangkan sebab pentingnya Singapura melarang ucapan kebencian yang boleh menjejas hubungan kaum dan agama serta memecahbelahkan masyarakat.



Encik Shanmugam berkata Singapura akan meneruskan pendekatan tegas dalam hal ini, dan memberi contoh apa yang berlaku di seluruh dunia apabila ucapan sedemikian menjadi satu kebiasaan.



Memberi pandangannya, Penolong Profesor RSIS, Ustaz Dr Mohamed Ali, berkata orang ramai sebagai anggota masyarakat global berhak memberi komen tentang agama, tetapi itu harus dilakukan tanpa ada unsur hasutan dan kebencian.



"Boleh cakap tentang agama tetapi kita harus pentingkan adab dalam perbicaraan. Dalam Islam pun kita digalak kalau nak berkata-kata, biar berkata yang baik kalau tak diam saja.



"Ini menunjukkan agama kita sendiri larang kita mengata yang tidak baik apa lagi tentang agama lain," kata Ustaz Dr Mohamed.



Tambahnya, perbincangan tentang agama dan kaum adalah sesuatu yang amat sihat, dan "harus diteruskan kerana ini penting dan banyak manfaatnya".



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Human Connection Sg, Ustaz Dr Leyaket Ali, pula berkata sedang pemerintah mengambil tindakan punitif tentang ucapan kebencian, ia berbalik kepada pendidikan awal.



"Ibu bapa, guru, dewasa dan semua orang di sekeliling seseorang kanak-kanak akan mempengaruhi nilai serta tingkah laku sehinggalah individu itu dewasa," ujar Ustaz Leyaket.



LAPORAN LANJUT: Didik harmoni kaum dari usia muda; timbangkan dialog lebih 'mendalam'




"Boleh cakap tentang agama tetapi kita harus pentingkan adab dalam perbicaraan. Dalam Islam pun kita digalak kalau nak berkata-kata, biar berkata yang baik kalau tak diam saja. Ini menunjukkan agama kita sendiri larang kita mengata yang tidak baik apa lagi tentang agama lain."
- Penolong Profesor Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) Ustaz Dr Mohamed Ali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >