Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu lebih masa untuk pasang alat pengurusan kelajuan di lori

Jul 06, 2023 | 03:50 PM



Lebih banyak masa diperlukan untuk industri melaksanakan mandat memasang alat pengurusan kelajuan atau pengehad kelajuan kepada lori dengan berat muatan maksimum antara 3,500 dan 12,000 kilogram (kg).

Demikian yang dikongsi oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, semasa menjawab soalan Encik Leon Perera (GRC Aljunied) di Parlimen pada Khamis.

“Pihak berkepentingan industri telah memberi maklum balas bahawa mereka memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan semula produk mereka untuk memenuhi keperluan kami dan menjalankan ujian teknikal untuk memastikan keselamatan dan kelayakan jalan raya.

“Industri juga akan memerlukan masa untuk meningkatkan bekalan dan untuk memastikan terdapat ejen sah yang mencukupi untuk memasang alat ini,” kata Dr Faishal yang menambah bahawa butiran lanjut akan diumumkan akhir 2023.

MOH tidak kawal selia ujian genetik bukan klinikal: Rahayu

Dalam soalan lain, Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang) telah bertanya sama ada pemerintah akan mempertimbangkan untuk melaksana peraturan bagi perkhidmatan ujian genetik yang diuruskan secara terus kepada pengguna (DTC).

Dalam jawapannya, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, berkata Kementerian Kesihatan (MOH) mengambil pendekatan berasaskan risiko kepada pengawalseliaan ujian genetik.

“Kami mengawal selia ujian genetik klinikal tetapi bukan ujian DTC yang digunakan untuk tujuan kesihatan umum, keturunan dan nutrigenomik,” kata Cik Rahayu.

Meskipun demikian, MOH telah mengeluarkan dokumen panduan yang menggariskan amalan baik bagi penyedia yang menawarkan ujian genetik bukan klinikal dan mendidik pengguna tentang risiko ujian tersebut.

“Risiko ini termasuk tuntutan yang melampau, kemungkinan data genetik yang diperoleh daripada ujian DTC dikongsi dan digunakan secara komersial oleh pihak ketiga dan kekurangan tafsiran perubatan yang betul bagi keputusan ujian.

“Pengguna harus berhati-hati untuk menilai sendiri kesesuaian dan kualiti ujian bukan klinikal tersebut,” kata Cik Rahayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >