Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Berita

Kes kemalangan pandu mabuk naik: Polis

Peningkatan kes setelah aktiviti hiburan malam mulai kembali
Jun 11, 2023 | 03:30 PM



Jumlah kemalangan jalan raya yang dikaitkan dengan memandu dalam keadaan mabuk semakin meningkat selepas ia merosot dalam tempoh dua tahun ketika sekatan Covid-19 dilaksanakan yang menyekat aktiviti hiburan malam hari.

Perangkaan Polis Trafik menunjukkan terdapat 170 kemalangan memandu dalam keadaan mabuk pada 2022, yang tertinggi sejak 178 kes seumpama itu yang dilaporkan pada 2018, apabila hukuman lebih berat dicadangkan di tengah-tengah kenaikan kes.

Di bawah Akta Trafik Jalan Raya, yang diubah pada 2019, pemandu yang melakukan kesalahan trafik termasuk memandu dalam keadaan mabuk berisiko berdepan hukuman yang lebih berat. 

Memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah akan menyebabkan hukuman maksimum penjara selama setahun, denda sehingga $10,000 atau kededuanya untuk pesalah kali pertama.

Jumlah ini dua kali ganda berbanding sebelumnya.

Encik Bryan Ong, yang bekerja dalam sektor kewangan, memberitahu The Sunday Times bahawa walaupun hukuman lebih keras bertindak sebagai pencegahan, pemandu yang cenderung memandu dalam keadaan mabuk masih mencari jalan untuk mengelak daripada mematuhi undang-undang itu.


Encik Ong, 30 tahun, berkata: “Orang ramai cukup bijak untuk menjauhi langkah seperti sekatan jalan raya dengan teknologi pada masa kini. Jadi, meskipun membantu, ia juga sukar untuk melihat hukuman sebagai cara membanteras masalah pemanduan dalam keadaan mabuk sama sekali.”

Pada Mei, terdapat beberapa kejadian di mana pemandu disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

Pada 28 Mei, seorang lelaki ditahan kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk selepas kereta yang dipandunya terbalik di tepi jalan sepanjang Adam Road berikutan satu kemalangan.

Beberapa jam kemudian, polis menangkap seorang lagi pemandu atas kesalahan yang sama selepas satu kemalangan di Tampines Avenue 10.

Beberapa hari sebelumnya, seorang lelaki berusia 27 tahun ditangkap kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk selepas kereta sewa GetGo yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan yang tidak bergerak di depan persimpangan Bayfront Avenue and Marina Boulevard. 

Di Singapura, had alkohol yang sah adalah 80mg bagi setiap 100ml darah. 

Sebagai perbandingan, negara seperti Malaysia, Thailand dan Australia mengehadkan kandungan alkohol darah pada 0.05, bersamaan dengan 50mg alkohol untuk setiap 100ml darah.

Seorang jurucakap Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata had semasa telah diperkenalkan pada 1985 selepas mengkaji trend kemalangan disebabkan memandu secara mabuk, yang semakin meningkat ketika itu dan menuruti penanda aras antarabangsa.

Sebelum 1985, hadnya adalah 110mg setiap 100ml darah dan diperoleh melalui penilaian oleh ahli patologi forensik.

Kementerian itu berkata tiada rancangan buat masa ini untuk menyemak semula had kandungan alkohol dalam darah, sambil menambah bahawa keadaan memandu ketika mabuk masih terkawal.

“Jumlah pelanggaran akibat memandu dalam keadaan mabuk telah menurun secara berterusan selama bertahun-tahun. Jumlah kemalangan maut dan kematian membabitkan pemanduan dalam keadaan mabuk juga semakin berkurangan.

“Kami, bagaimanapun, memerhatikan dengan teliti jumlah kemalangan memandu dalam keadaan mabuk,” kata jurucakap itu, sambil menambah bahawa MHA mengambil pendirian yang sangat kuat terhadap pemanduan dalam keadaan mabuk kerana ia membahayakan pengguna jalan raya lain dan bukan hanya pemandu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >