Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu lebih usaha agar seni dapat dinikmati pelbagai lapisan masyarakat

Oct 07, 2023 | 08:03 PM



Walaupun terdapat peningkatan dari segi kemudahan, khususnya bagi golongan kurang upaya di pusat kesenian di Singapura, lebih banyak usaha diperlukan agar lebih banyak segmen masyarakat dapat menikmati seni di sini.

Ini lebih-lebih lagi dari aspek mobiliti dan penerbitan rekaan kerana sensitiviti harus diberikan bagi golongan yang ada masalah atau gangguan deria.

Demikian antara kupasan yang dikongsi Pengurus Kanan di Pejabat Hubungan Antarabangsa Politeknik Republic (RP), Cik Azizah Zakaria, dalam sesi program Sembang Ilmu Plus (+) (SIP(+)) pada Sabtu.

Sesi tersebut, yang diadakan di Pusat Seni Aliwal dengan tema ‘Pembangunan Masyarakat Menerusi Seni Kebudayaan’, merupakan yang ketiga daripada enam sesi anjuran Yayasan Warisan Melayu (MHF) dan disokong Andika Warisan, Yayasan Temasek.

Cik Azizah merupakan salah seorang daripada tiga ahli panel di sesi tersebut.

Beliau antara lain menggariskan tiga teras kemudahan bagi khalayak umum – mobiliti, ciri kemudahan dan rekaan penerbitan.

Cik Azizah berkata:

“Matlamat seni bukanlah untuk mencipta hasil karya yang indah semata-mata tetapi ia adalah wadah komunikasi.

“Ia juga adalah ungkapan apa-apa pengalaman atau mana-mana aspek keadaan manusia.”

Oleh itu, beliau menambah terdapat pelbagai perbincangan dan inisiatif baik oleh pihak pemerintah mahupun pihak swasta dan institusi pendidikan untuk “menjadikan seni lebih mudah diakses segenap lapisan masyarakat, tanpa mengira keupayaan”.

“Kami berada di peringkat permulaan. Kami baru saja bermula… mungkin sekitar lima hingga sepuluh tahun (yang lalu). Kami dapat lihat lebih banyak usaha tetapi saya rasa masih banyak yang perlu dilakukan,” ujar Cik Azizah.

Dua ahli panel lain – Timbalan Ketua, Bahasa & Budaya Asia di Institut Pendidikan Nasional (NIE), Profesor Madya Tan Chee Lay dan penyair dwibahasa, Cik Shilpa Dikshit Thapliyal – turut mengetengahkan kupasan bagi tajuk pembentangan masing-masing.

Sesi tersebut berakhir dengan sesi soal jawab yang dipengerusikan Teman Warisan MHF, Cik Liyana Nasyita Shukarman.

Menurut MHF, SIP(+) adalah lanjutan kepada sesi forum Siri Sembang Ilmu yang dilancarkan pada 2020 dan tertumpu pada perbincangan untuk belia dan karyawan muda mengupas isu berkaitan pembangunan sosiobudaya Singapura daripada perspektif kontemporari.


Program tersebut dilancarkan pada Jun 2022 oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong di The Arts House.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >