Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu sentiasa usaha tingkat keharmonian kaum, agama: Edwin

Jun 25, 2023 | 09:06 PM



Dengan landskap dunia yang berubah-ubah dan hubungan antara orang ramai yang mudah tegang dek pelbagai cabaran, keharmonian kaum dan agama memainkan peranan yang lebih penting kini.

Oleh itu, usaha perlu giat dijalankan untuk mengeratkan hubungan antara kaum dan agama untuk mengelak daripada perselisihan faham, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.

Beliau berkata demikian semasa berucap di jamuan tengah hari Harmony Lunch di Masjid Abdul Aleem Siddique di Telok Kurau Road pada Ahad.


Jamuan itu dianjurkan bersama lembaga pengurusan masjid itu serta Kumpulan Keharmonian Joo Chiat.

“Hubungan antara kaum dan orang ramai kian tegang dan dengan (cabaran) kos sara hidup, masalah ekonomi, inflasi serta ketegangan hubungan di dunia, saya rasa kalau kita tidak lakukan sesuatu, keadaan akan menjadi sangat berbeza.

“Adalah lebih sukar juga untuk kami menangani hubungan ini,” ujarnya.

Menarik perhatian pentingnya untuk sentiasa memperbaharui Kumpulan Keharmonian Antara Kaum dan Agama di Singapura (Kumpulan Keharmonian), Encik Tong berkata ini adalah penting untuk terus berkembang dan meningkatkan daya tahan kerana keharmonian kaum dan agama cukup berharga buat Singapura.

Kumpulan Keharmonian sebelum ini dikenali sebagai Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC), namun diberi nama baru pada Julai 2022 dengan rancangan untuk menyuntik kesegaran bagi program dan inisiatif yang dikendalikannya supaya dapat kekal relevan dan berkesan dalam menggalak keharmonian kaum dan agama dalam kalangan masyarakat setempat.

“Adalah satu kesilapan jika kita mengambil mudah apa yang kita nikmati hari ini akan terus kekal bagi generasi akan datang dan seterusnya.

“Kita mempunyai pemimpin baik, asas yang kukuh dan ramai individu... yang kenal rapat dengan satu sama lain.

“Namun kini kita perlu meneruskan usaha itu bagi generasi akan datang membina hubungan itu juga... kerana hal ini tidak berlaku secara semula jadi,” ujar Encik Tong.

Tambahnya, warga tidak boleh berpeluk tubuh dan anggap ada pihak lain yang akan berusaha memastikan keharmonian kaum dan agama itu.

Di jamuan tengah hari itu, Encik tong turut menyampaikan sijil pelantikan semula kepada anggota Kumpulan Keharmonian Joo Chiat.

Pengerusi Kumpulan Keharmonian Joo Chiat, Encik Tan Yew Beng, berkata beliau berharap keharmonian kaum dan agama di Singapura akan berterusan.

“Acara jamuan sebegini penting untuk memberi peluang pemimpin dan anggota dari pihak berkepentingan lain berhimpun, berinteraksi dan bercakap dengan satu sama lain,” kata Encik Tan yang telah berbakti sebagai relawan Kumpulan Keharmonian Joo Chiat sejak 21 tahun yang lalu.

Daripada 23 anggota Kumpulan Keharmonian Joo Chiat itu, empat merupakan anggota muda yang baru.

Encik Tong dalam ucapannya juga telah menggalakkan lebih ramai relawan belia tampil melibatkan diri dalam Kumpulan Keharmonian agar dapat menyumbang perspektif dan pandangan yang berlainan, serta meneruskan usaha meningkatkan keharmonian kaum dan agama bagi generasi seterusnya.

Antara anggota belia yang telah dilantik ialah Cik Siti Wardah Shaikh Abdullah, 30 tahun, yang meminati pengajian antara agama sejak lima tahun lalu semasa di universiti.

“Saya rasa penglibatan saya dalam Kumpulan Keharmonian ini bermanfaat untuk mengenali dan memahami pandangan serta adat agama lain. Saya percaya bahawa demi mewujudkan kesedaran, kita harus lebih memahami, menghormati dan menerima kepelbagaian.

“Saya berharap agar masyarakat kita lebih sedar tentang kepentingan kepelbagaian, membentuk hubungan sebenar dan membangunkan lebih banyak pemahaman antara satu sama lain,” ujar penolong ketua pendekatan masyarakat di Masjid Siglap itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >