Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permintaan penjagaan haiwan peliharaan merosot separuh

Sep 21, 2023 | 07:48 PM



Pusat perlindungan haiwan dan pertubuhan kebajikan tempatan telah menyaksikan penurunan sebanyak 50 peratus permintaan bagi pemeliharaan haiwan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Segelintir orang mengaitkan penurunan itu disebabkan oleh kenaikan kos sara hidup dan lebih ramai orang kembali ke pejabat selepas wabak Covid-19.

“Penurunan mendadak ini boleh dikaitkan dengan orang kembali bekerja sebaik sahaja ancaman Covid-19 berakhir,” kata Naib Presiden Aksi Untuk Anjing Singapura (ASD), Cik Wendly Low, kepada The Straits Times.


Cik Low berkata sebanyak 42 anjing telah diambil untuk pemeliharaan daripada pusat perlindungan ASD untuk enam bulan pertama 2023, kurang sepertiga daripada 148 anjing yang diambil keluarga angkat pada 2022.

Pusat perlindungan itu menyaksikan 208 pengambilan haiwan untuk dipelihara pada 2019, 270 pada 2020 dan 239 (2021).

Pengarah Eksekutif Persatuan Pencegahan Kekejaman Haiwan (SPCA),Cik Aarthi Sankar, berkata badan kebajikan haiwan itu, yang menjalankan pusat perlindungan di Sungei Tengah, mempunyai lebih daripada 150 kucing dan anjing pada bila-bila masa.

Untuk lapan bulan pertama tahun ini, sebanyak 458 haiwan telah berjaya ditempatkan dengan pemeliharaan.

Dengan hampir tiga suku tahun berakhir, jumlah itu adalah 40 ekor lebih tinggi daripada separuh bagi keseluruhan 836 haiwan yang diambil pada 2022.

Badan kebajikan itu menyaksikan pengambilan sebanyak 979 haiwan untuk pemeliharaan pada 2019, 732 pada 2020 dan 898 (2021), kata Cik Sankar.

Beliau juga menambah jumlah haiwan peliharaan yang diambil untuk dipelihara bagi tahun ini berkemungkinan besar kekal di bawah angka 2022 kerana kadar pengambilan haiwan kekal rendah.


Cik Sankar turut mendedahkan badan amal itu mencatatkan peningkatan 44 peratus dalam kes kekejaman haiwan dari 2021 hingga 2022, serta peningkatan kes haiwan terbiar.


Kumpulan kebajikan haiwan SOSD Singapura dan pertubuhan amal, Project Luni juga menyaksikan penurunan 25 hingga 50 peratus dalam peliharaan haiwan sejak tiga tahun lalu.


“Apabila hanya sedikit haiwan yang diambil untuk dipelihara, ruang untuk kami menampung haiwan cukup terbatas, ia terhad kepada kes paling kritikal dan mengancam nyawa kerana kami mempunyai terbatas,” kata Cik Sankar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >