Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

‘Perniagaan perlu semak strategi bakat untuk kekal di hadapan keluk transformasi’

Zaqy lancar Siri Amalan HR yang dapat mainkan peranan strategik dalam menyokong perubahan
Jun 15, 2023 | 06:37 PM



PERNIAGAAN mesti memikirkan semula strategi bakat mereka untuk kekal di hadapan keluk transformasi dalam dunia yang semakin terjejas oleh teknologi baru seperti kecerdasan buatan (AI), di tengah-tengah masalah tenaga manusia global dan persaingan untuk mendapatkan bakat.

Ini boleh dilakukan dengan membuat pembaharuan dan berfikir melangkaui strategi sumber manusia (HR) tradisional untuk menarik, mendampingi dan mengekalkan bakat bagi daya saing yang berterusan.

Bagi menyokong perniagaan dalam masa mencabar kini, karyawan HR perlu melakukan lebih daripada sekadar pelaksanaan proses, dan berusaha mencapai kecemerlangan strategik dan operasi.

Demikian dinyatakan Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, dalam ucapannya di pelancaran Siri Amalan HR dan Pengurusan Manusia dan Kepimpinan (LPM) Moden untuk Masa Depan Kerja anjuran Human Capital Singapore (HCS) dan Tenaga Kerja Singapura (WSG) pada Khamis.

Acara di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLI) itu turut dihadiri Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, selaku tetamu istimewa.

“Mengukuhkan kedudukan HR sebagai rakan kongsi perniagaan yang strategik dan di meja kepimpinan adalah kunci untuk memastikan pertumbuhan berterusan dan peningkatan produktiviti perniagaan,” kata Encik Zaqy.

“Ia bukan sahaja mengenai membolehkan HR dan menyokong HR, malah HR perlu berada di meja kepimpinan untuk membuat perubahan – itu penting dan kita perlu membolehkan pengamal HR melakukannya. Kita mesti memanfaatkan ekosistem HR, termasuk pertubuhan latihan dan akademi modal manusia, untuk membina kecekapan dan pemikiran yang relevan.”

Encik Zaqy berkata pelancaran siri amalan itu berlaku pada masa yang tepat untuk melengkapi usaha pemerintah seperti Pelan Transformasi Industri HR (HR ITP) yang dilancarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Mei.

HR ITP merupakan rancangan lima tahun untuk mengukuhkan kerjaya HR di Singapura dan mengembangkan peranan HR untuk memacu strategi dan kecemerlangan operasi, yang membawa kepada peningkatan nilai dan hasil perniagaan.

“Program dan bengkel dalam siri amalan itu disesuaikan untuk mengukuhkan amalan HR dalam perniagaan. Ini termasuk pendigitalan HR dan keupayaan HR yang strategik untuk kelebihan daya saing yang berterusan, yang kesemuanya menyokong inisiatif yang dibentangkan dalam HR ITP,” kata Encik Zaqy.

Di acara pada Khamis, HCS dan Institut Karyawan Sumber Manusia (IHRP) telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) untuk menyokong perniagaan dalam mengukuhkan strategi HR mereka.

HCS dan IHRP akan bekerjasama untuk membantu perniagaan memanfaatkan produk IHRP termasuk tujuh panduan HR yang menangani isu HR biasa atau khusus kepada sektor seperti pengekalan bakat di tengah-tengah gangguan teknologi.

Dengan MOU itu, IHRP dan HCS akan bekerja rapat untuk memperbanyakkan penggunaan panduan itu. HCS juga akan menggabungkan panduan itu sebagai komponen pembelajaran tindakan dalam program mereka.

“Ini akan membantu karyawan HR untuk memperoleh kemahiran praktikal yang diperlukan untuk mengharungi cabaran baru,” kata Encik Zaqy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >