Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persembahan muzikal pelajar PPIS sarat nilai murni

Muzikal ‘Pohon Berjasa’ oleh Pusat Jagaan Pelajar 7oaks pupuk penghayatan terhadap budaya Melayu sempena Bulan Bahasa 2023
Sep 07, 2023 | 06:50 PM



Peri pentingnya memberi kembali dan memastikan kelestarian, dengan mewariskan rahmat alam semula jadi kepada generasi akan datang, telah diketengahkan menerusi satu persembahan muzikal.

Dihiasi pelbagai nilai murni, persembahan itu mengetengahkan pentingnya memperkukuh ukhwah dan menjalin persahabatan, di samping bersyukur dan saling bantu-membantu serta mengingatkan tanggungjawab memelihara alam sekitar.

Aspirasi menyeluruh adalah untuk memupuk penghayatan yang lebih mendalam terhadap budaya Melayu dan memelihara kekayaan warisan masyarakat.

Persembahan muzikal berjudul Pohon Berjasa di acara ‘Muzikal Cilik 2023’, telah melibatkan pelajar Pusat Jagaan Pelajar PPIS 7oaks dari kedua-dua cawangannya di Bedok dan Jurong, dalam rangka merai Bulan Bahasa 2023. Persembahan itu menyorot perjalanan watak utama, Zahrin, yang melalui kitaran hidupnya yang berkisarkan sebatang pokok. Dari kecil Zahrin menceritakan jalan cerita tentang harapan, kesyukuran dan kemurahan hati.


Acara Muzikal Cilik 2023 telah diadakan di Project Studio, Wisma Geylang Serai (WGS) yang turut dihadiri Anggota Parlimen GRC Choa Chu Kang dan Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa 2023, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.

“Lebih daripada elemen hiburan, muzikal ini padat dengan beberapa nilai kehidupan penting, seperti berbakti dan bersyukur,” kata Encik Zhulkarnain mengenai persembahan itu.

Pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk menghidupkan bahasa Kebangsaan dan memastikan pelestarian bahasa yang berterusan.

Semasa berucap, Encik Zhulkarnain berkata banyak idea-idea yang inovatif dipaparkan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan anak muda mengenai Bulan Bahasa, seperti usaha digital menghasilkan pelekat atau ‘sticker’ WhatsApp dan ‘filter’ Instagram, serta beberapa aplikasi mudah dan kreatif bagi menarik anak-anak muda mencintai bahasa Ibunda.”

Dengan kefasihan kanak-kanak dalam penggunaan alat-alat digital, ia akan memudahkan lagi penghayatan bahasa Ibunda.

“Dengan usaha dan sokongan padu dalam masyarakat, saya percaya kita dapat terus menggembeleng usaha demi melestarikan dan memajukan penggunaan bahasa Melayu.

“Selain kefasihan dan kecekapan dalam bahasa Melayu, kita juga mahukan anak-anak kita untuk menghargai bahasa Ibunda kita. Anak-anak muda kita berperanan penting untuk menyampaikan adat, tradisi dan warisan kita dari satu generasi ke generasi seterusnya,” kata Encik Zhulkarnain.

Selain persembahan muzikal dan kegiatan-kegiatan seperti bengkel bercerita, bengkel pengenalan Jawi, pertandingan Bijak Mengeja, dan kraf menganyam sempena Karnival Bulan Bahasa, PPIS juga menjalankan inisiatif menghidupkan bahasa Melayu menerusi pelantikan duta muda bahasa Melayu – ‘Duta Bahasa Cilik’ dan ‘Rakan Duta Bahasa Cilik’.

Peranan mereka adalah untuk memberi inspirasi kepada rakan sebaya dan menyemarakkan semula rasa cinta dan minat terhadap bahasa Melayu. Sepanjang tahun, mereka akan melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti untuk memupuk penghayatan yang lebih mendalam terhadap bahasa dan budaya Melayu.

“Sejak dinobatkan sebagai duta bahasa, wakil-wakil kita gigih menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan rakan-rakan mereka,” kata Presiden PPIS, Cik Hazlina Abdul Halim, semasa berucap.

Pusat-pusat Jagaan Pelajar PPIS 7oaks juga mempunyai sudut bahasa Melayu yang khusus untuk menyediakan peluang mengguna dan menghayati bahasa Melayu – sebahagian daripada usaha menyemai rasa cinta terhadap bahasa Melayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >