Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jamiyah Singapura agih daging korban dengan khidmat pandu lalu

Jul 08, 2023 | 06:42 PM



Daging kambing korban yang diterbangkan dari Australia sebagai sebahagian daripada ibadah korban disediakan Jamiyah Singapura telah diagihkan kepada sohibul korban, iaitu mereka yang melakukan ibadah tersebut, di Singapura pada Sabtu.

Pengagihan itu dilaksanakan melalui perkhidmatan pandu lalu, atau drivethrough, di Pusat Jamiyah yang terletak di 31 Lorong 12 Geylang antara 10 pagi hingga 4 petang.


Ini merupakan tahun keempat Jamiyah Singapura menyediakan perkhidmatan pandu lalu untuk memudahkan sohibul korban menerima daging korban mereka.

Sohibul korban hanya perlu menunjuk surat apabila mereka tiba di Pusat Jamiyah dan pihak Jamiyah akan meletakkan daging korban di but kenderaan mereka.

Antara sohibul korban yang menggunakan perkhidmatan pandu lalu itu adalah Encik Saari Ahmad, 57 tahun.

Beliau berkata: “Ini kali kedua saya mendapatkan khidmat ibadah korban dari Jamiyah. Tahun lalu saya dapat melihat prosesnya yang mudah, kerana saya tidak perlu beratur.

“Sistem pandu lalu ini memang memudahkan. Sebab itu saya menggunakan perkhidmatan ini lagi untuk tahun ini.”

Selain daripada menerima daging korban di Pusat Jamiyah, sohibul korban juga boleh memilih untuk daging korban dihantarkan ke rumah mereka.

Menurut satu kenyataan media, Jamiyah Singapura bekerjasama dengan syarikat penghantaran, Lalamove, untuk menghantar daging korban kepada rumah sohibul korban pada Sabtu dan Ahad.

Di samping itu, sebanyak 10,005 kilogram daging korban yang didermakan akan diagihkan pada minggu–minggu akan datang kepada 4,832 keluarga berpendapatan rendah, termasuk para penerima bantuan di bawah Jamiyah Singapura dan dari 25 kawasan undi.

Jumlah pengagihan daging korban tahun ini cukup menggalakkan, menurut Jamiyah Singapura, dengan lebih banyak keluarga berpendapatan rendah yang akan menerima daging korban tersebut berbanding tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >