Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perubahan iklim merupakan cabaran sedunia: Chee Hong Tat

Sep 25, 2023 | 07:38 PM



Negara-negara sedunia harus mengenepikan perbezaan dan bekerja bersama-sama bagi mencapai matlamat yang dipersetujui dalam menangani permasalahan perubahan iklim, kata pemangku menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat.

Berucap pada Isnin (25 Sep) di Forum Pengangkutan Mampan Sedunia di Beijing, China, Encik Chee menekankan peri-pentingnya negara-negara bertolak ansur dan tidak berpecah-belah.

“Menjalin kerjasama dan bersaing antara negara boleh saling wujud, dan kita tidak harus mengambil pendekatan untuk memilih satu daripada yang lain. Akan ada kerjasama yang saling menguntungkan meskipun kita bersaing antara satu sama lain,” terangnya.

Menyentuh tentang tema tahun ini yang mendorong kerjasama bagi menggalak pembangunan pengangkutan sedunia yang lebih mampan, Encik Chee menegaskan ia perlu mesra rakyat.

“Sedang pengangkutan biasanya dikaitkan dengan teknologi dan prasarana, peralihan kepada sistem pengangkutan mampan mestilah bersandarkan kepada rakyat,” katanya dan menambah, pembangunan juga mesti memikirkan keperluan masa depan, dan kesediaan untuk membuat pelaburan jangka panjang dalam teknologi baru, seperti bahan bakar mampan untuk pengangkutan udara dan laut.

Peralihan kepada sektor pengangkutan yang mampan katanya adalah mencabar tetapi boleh dicapai jika adanya kerjasama. Beliau memberi contoh amalan di Singapura, di mana kesepaduan berasaskan hubungan kerja tiga pihak, antara pemerintah, majikan dan kesatuan sekerja, bagi memastikan tiada sesiapa tertinggal dan pekerja dibekalkan dengan kemahiran diperlukan untuk memenuhi keperluan perusahaan.

Dalam ucapannya itu, Encik Chee turut menzahirkan rasa gembira melihat kemajuan besar dicapai Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) dalam bidang dekarbonisasi.

“Singapura akan terus menyokong kepimpinan ICAO dan IMO dalam mengurangkan pelepasan karbon pengangkutan. Satu lagi aspek dalam mencapai pembangunan mampan bagi pengangkutan adalah dalam memperkukuh keterhubungan dan rantaian bekalan sedunia.

“Kami percaya akan keperluan menggalak pendekatan berbilang hala terhadap perdagangan dunia dan pengurusan rantaian bekalan,” katanya lagi, yang sebelum itu menggariskan bahawa usaha menangani perubahan iklim adalah genting bukan hanya untuk dunia hari ini tetapi untuk generasi akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >