Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perumahan di lebih banyak kawasan tengah bandar S’pura dirancang

Sebahagian dari Pelan Induk Draf 2025 yang tetapkan pembangunan dan penggunaan tanah bagi 10-15 tahun mendatang
Oct 05, 2023 | 04:00 PM



Pembinaan rumah di lebih banyak kawasan tengah bandar dan rancangan membina ruang rekreasi adalah antara cadangan yang dikemukakan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) untuk pelan induk seterusnya yang akan ditetapkan pada 2025.

URA pada Khamis berkata ia akan mendekati orang ramai dalam tempoh dua tahun akan datang sebagai sebahagian daripada kajian terbaru pelan induk itu.

Dinamakan Pelan Induk Draf 2025 (DPM25), ia akan menetapkan rancangan penggunaan tanah dan pembangunan untuk Singapura dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Satu rancangan untuk membina perumahan awam dan swasta di kawasan tengah bandar sedang dipertimbangkan.

Ini termasuk kawasan bandar, bekas tapak Kelab Keppel yang akan menjadi sebahagian daripada Greater Southern Waterfront, dan Turf City di Bukit Timah.

Di samping itu, satu pelan induk rekreasi akan dibangunkan untuk menyediakan ruang dan kemudahan rekreasi yang lebih mudah diakses orang ramai bagi menggalakkan gaya hidup aktif.

Ini adalah satu lagi cadangan di bawah tema ‘Membentuk Bandar Bahagia dan Sihat’ – satu daripada empat tema di bawah DMP25.

Tema-tema DMP25 diadaptasi daripada Semakan Rancangan Jangka Panjang (LTPR) URA, yang telah siap pada 2022, dan akan menjadi rujukan kepada pembangunan Singapura dalam tempoh 50 tahun akan datang.

Lebih 15,000 rakyat Singapura mengambil bahagian dalam sesi pendekatan yang mengajak mereka membincangkan topik seperti kemampanan dan kekurangan tanah.

Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, yang melancarkan pendekatan awam DMP25 pada Khamis, berkata akan terdapat kesukaran mengurus keperluan rakyat Singapura yang semakin pelbagai.

Beliau menambah, cara pemerintah memilih untuk menggunakan tanah mungkin tidak semestinya memenuhi jangkaan semua orang.

“Tetapi melalui proses dialog dan perbincangan... kami berharap kedua-dua perancang dan orang ramai dapat memahami dengan lebih baik pelbagai keperluan dan minat yang berbeza, dan bagaimana ia boleh ditempatkan dengan sewajarnya dalam negara kecil kami,” katanya.

Di bawah tema kedua, ‘Mengukuh Daya Tahan Bandar’ pula, idea memerangi perubahan iklim dan mengoptimum sumber tanah Singapura yang terhad sedang dibangunkan.

Bagi tema ketiga, ‘Membolehkan Pertumbuhan Mampan’, URA berkata agensi-agensi sedang mengusahakan rancangan bagi nod komersial untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan kemudahan lebih dekat dengan kawasan perumahan.

Pemerintah akan memberi tumpuan membangunkan Daerah Tasik Jurong – nod komersial terbesar di luar kawasan pusat bandar – dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Di bawah tema terakhir, ‘Jaga Alam dan Warisan’, URA akan mendekati pihak berkepentingan untuk memperhalusi tema yang menyorot kisah pembangunan Singapura melalui warisan binaan.

URA juga akan bekerjasama dengan masyarakat pada 2024 untuk meningkatkan ruang rekreasi di pelbagai lokasi di sepanjang Sungai Kallang dan Koridor Rel.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >