Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesara kembali bekerja tekad biaya pengajian anak, diiktiraf ‘Ayah Contoh Terbaik’

Jun 18, 2023 | 04:39 PM



SEJAK anak-anaknya kecil lagi, Encik Jumahri Jan, telah menerapkan nilai kejujuran ke dalam anak-anaknya ketika mereka membesar.

Sebagai seorang bapa, Encik Jumahri 76 tahun, sentiasa berusaha memberikan sokongan yang diperlukan agar anak-anaknya berjaya.

Ini termasuk mengambil lesen memandu dan mula bekerja sebagai pemandu teksi sepenuh masa selepas beliau bersara sebagai kakitangan awam demi membiayai kos pengajian anak-anaknya.

Pada Sabtu petang, bapa kepada empat orang anak itu, menerima pengiktirafan Anugerah Qudwah Hasanah (Ayah Contoh Terbaik) oleh Persatuan Ain.

Presiden Halimah Yacob menyampaikan anugerah tersebut kepada Encik Jumahri, dalam satu majlis di Hotel Concorde pada Sabtu petang.

Anugerah itu, yang kesepuluh dan terakhir tahun ini, bertujuan merai bapa teladan dan memberi inspirasi kepada bapa lebih muda.

Encik Jumahri terpilih daripada tiga finalis. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai $3,000, manakala dua finalis yang lain menerima wang tunai $300 setiap seorang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >