Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahasa, Budaya & Warisan Kita

Pesta Buku Melayu S’pura 2023 mahu cungkil bakat muda setempat

Aug 01, 2023 | 06:27 PM



Melahirkan lebih ramai bakat penulis muda setempat yang mampu menghasilkan buku-buku Melayu, sesuai untuk dibaca oleh kalangan remaja.

Itulah harapan Cik Isiah Majid, pengerusi acara Pesta Buku Melayu Singapura (PBMS) 2023 yang bakal diadakan pada 25 hingga 27 Ogos ini.

Bertemakan ‘Menimba Ilmu. Menebar Bakat’ dan sasaran tahun ini adalah menyantuni remaja, acara yang akan diadakan di Wisma Geylang Serai itu diharap dapat mencungkil bakat-bakat muda dalam dunia kesusasteraan Melayu selain mengetengahkan karya-karya penulis setempat.

Ia juga dapat menjadi wadah bagi penerbit, penulis dan rakan kongsi masyarakat terus membina ekosistem seni sastera yang lebih bertenaga.

“Daripada pengamatan saya sendiri, dan juga perkongsian para penulis serta kegiatan yang kami lakukan, tidak dapat dinafikan, ia amat sukar untuk menarik penglibatan remaja dalam pembacaan buku-buku Melayu kita.

“Memang kita dapat lihat bilangan remaja kita yang membaca buku-buku Melayu sangat rendah.

“Jadi, menerusi PBMS tahun ini, kami akan cuba mengusahakan bagaimana minat itu dapat dipupuk, selain mendedahkan mereka kepada karya penulis kita” kongsi beliau ketika dihubungi Berita Harian (BH).


Cik Isiah, yang juga Setiausaha Agung Majlis Pusat Singapura, mendedahkan bahawa ketika acara PBMS tahun ini, mereka mungkin akan mengumumkan tentang Akademi Tulisan, khusus bagi pelajar sekolah menengah dan posmenengah.

Daya usaha itu diharap dapat diteruskan dan diulang setiap tahun.

Dengan adanya Akademi Tulisan ini, beliau berharap lebih ramai penulis muda dalam masyarakat kita dapat dilahirkan dan menjadi pelapis kepada penulis-penulis mapan di sini.

“Jika kita dapat menghasilkan sekitar dua atau tiga bakat penulis muda setempat dalam masa setahun, saya rasa ini adalah satu usaha yang cukup baik.

“Jika tidak, kita tidak akan mempunyai para pelapis untuk masa hadapan. Sekarang ramai dalam kalangan penulis kita adalah mereka daripada golongan yang sudah meningkat usia.

“Kita juga hanya mempunyai sebilangan kecil penulis dari usia pertengahan. Bagi penulis remaja, saya rasa kita hanya mempunyai seorang atau dua orang penulis sahaja.

“Jadi kita harap ini menjadi satu pemula untuk kita sasarkan usaha melahirkan penulis Melayu dalam kalangan golongan remaja kita.

“Bukan sekadar melahirkan bakat, malah menerapkan minat untuk membaca karya-karya tulisan Melayu,” jelasnya lagi.

Pesta tiga hari anjuran Majlis Pusat Singapura itu antara lain juga akan mengadakan jualan buku karya penulis, sesi bercerita, bengkel puisi serta pelancaran buku-buku baru, antaranya termasuk ‘Bermula Dengan Satu’ – sebuah buku kanak-kanak hasil penulis setempat, Cik Nur-El-Hudaa Jaffar.

Dalam pada itu, akan juga terdapat sebuah pameran interaktif di mana para pengunjung berpeluang belajar tentang sesuatu yang baru, contohnya sebuah pameran yang dinamakan ‘yang tumbuh dan yang melata’.

Pameran yang dikendalikan oleh para pelajar dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central, mengajak para pengunjung mengenali tentang pokok-pokok yang tumbuh melata yang boleh dijadikan ubat serta khasiatnya selain berpeluang menanam pokok dan tumbuhan itu sendiri.

Majlis Pusat juga sedang mengusahakan untuk menerbitkan buku mengenai pokok-pokok itu.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang PBMS 2023 dan program-program yang akan diadakan boleh mengunjungi Facebook Pesta Buku Melayu Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >