Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pihak terjejas oleh pembangunan semula S’pore Turf Club akan dibantu: Indranee

Jul 03, 2023 | 06:06 PM




Semua pihak berkepentingan yang terjejas oleh keputusan pemerintah untuk membangunkan semua tapak balapan lumba kuda Singapore Turf Club (STC) – termasuk mereka yang bertugas sebagai jurulatih kuda di kelab itu – akan dibantu dalam peralihan mereka, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Kewangan merangkap Pembangunan Negara), Cik Indranee Rajah, pada Isnin.

Jurulatih kuda menggaji atau melibatkan kira-kira 420 pekerja.

“Walaupun mereka bukan pekerja STC, STC bagaimanapun akan tampil bekerjasama dengan majikan mereka untuk menyediakan sokongan kepada pekerja ini dan memudahkan peralihan mereka,” kata Cik Indranee di Parlimen.

Kelab itu akan juga memperluaskan kemudahan pekerjaan, latihan kemahiran dan kaunseling kerjaya kepada pekerja ini.

“Bagi penyewa, seperti makanan dan minuman dan sebagainya, perjanjian kontrak dengan mereka akan dipenuhi. Dan jika ada satu atau dua yang mungkin perlu dipindahkan, kami akan membantu pemindahan itu,” tambahnya.

“Keputusan telah diambil; apa yang penting ialah semua pihak berkepentingan yang terjejas oleh keputusan perlu dibantu dengan peralihan.”

Pemerintah mengumumkan pada Jun bahawa tapak STC di Kranji akan menutup kemudahannya menjelang Mac 2027 dan akan dipulangkan kepada pemerintah untuk dibangunkan semula.

Kegiatan lumba kuda di Singapura akan tamat pada Oktober 2024.

Berita itu mengejutkan ramai pekerja di STC dan individu lain dalam industri itu, termasuk jurulatih kuda, pemilik kuda, penjaga kuda dan joki.

Kira-kira 350 pekerja kelab itu akan terus bekerja sekurang-kurangnya sehingga Oktober 2024, dengan sebahagian mereka kekal sehingga penutupan pada 2027. Mereka akan menerima pakej pemberhentian sejajar dengan garis panduan Kementerian Tenaga Kerja, kata Cik Indranee.

Mereka juga akan menerima bantuan mendapat pekerjaan, bimbingan kerjaya, latihan kemahiran dan kaunseling. NTUC juga telah menawarkan sokongan, tambahnya.

Pemerintah sebelum ini berkata bahawa jurulatih dan pemilik kuda lumba akan menerima sokongan untuk penyelenggaraan dan eksport kuda. Ini telah dilancarkan STC.

Menangani kebimbangan yang dinyatakan oleh jurulatih bahawa pemilik mungkin meninggalkan kuda mereka, Cik Indranee menyatakan bahawa adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Haiwan dan Burung jika pemilik meninggalkan kuda mereka atau “gagal menjaga dengan sewajarnya”.

“Ia adalah kuda lumba dan majoriti mungkin akan meneruskan perlumbaan. Jadi persoalannya, bagaimana untuk membawa kuda ke tempat ia boleh terus berlumba? Jadi pengeksportan akan menjadi salah satu strategi utama untuk menangani kuda-kuda ini,” katanya.

“Tetapi jelas, ini adalah perbincangan yang sedang kami jalankan dengan pemilik untuk melihat apa yang mereka mahu lakukan dengan kuda ini. Tetapi pada dasarnya, kami akan mencari rumah untuk semua kuda.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >