Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pindaan bolehkan Presiden sumbang kepada pertubuhan antarabangsa secara peribadi tapi bagi kepentingan negara: DPM Wong

Pindaan Perlembagaan akan bolehkan Presiden Tharman teruskan peranannya dalam Forum Ekonomi Sedunia (WEF) dan Kumpulan 30 (G30)
Nov 22, 2023 | 09:00 PM



Pindaan yang dilakukan kepada Perlembagaan Singapura akan membolehkan Presiden menyumbang secara bebas kepada pertubuhan asing dan antarabangsa dalam kapasiti peribadinya tetapi dalam kepentingan negara.

Ini bermakna Presiden tidak berkhidmat dalam kepentingan peribadinya tetapi dalam kepentingan negara, kata Timbalan Perdana Menteri (DPM), Encik Lawrence Wong, di Parlimen pada Rabu.

Beliau berkata demikian semasa merumuskan perbahasan mengenai pindaan yang diusulkan kepada Perlembagaan Singapura ​bagi mengizinkan Presiden menerima pelantikan dalam pertubuhan asing dan antarabangsa atas kedudukan peribadi mereka, dengan syarat pelantikan tersebut boleh meningkatkan kedudukan antarabangsa Singapura dan membantu melanjutkan kepentingan nasional Singapura.

Sebagai contoh, pindaan itu akan membolehkan Presiden Tharman Shanmugaratnam meneruskan peranannya dalam Forum Ekonomi Sedunia (WEF) dan Kumpulan 30 (G30).

Encik Wong berkata beliau mendapati terdapat kekeliruan di kalangan Anggota Parlimen (AP) yang berhujah mengenai pindaan itu berhubung pandangan peribadi dan kepentingan peribadi.

“Banyak komen mencadangkan bahawa apabila Presiden berkhidmat dalam kapasiti peribadi, beliau memenuhi kepentingan peribadinya. Ini bukan halnya.

“Kami membolehkannya… untuk berkhidmat dalam cara yang membolehkannya menyumbang pandangan peribadinya, tertakluk kepada perlindungan – bukan kami kawal apa yang beliau katakan, tetapi beliau tidak dapat memberi komen tentang politik dan dasar domestik.

“Melangkaui itu, kami membenarkannya menyumbang secara bebas, kepada pertubuhan-pertubuhan ini dalam kapasiti peribadinya dalam kepentingan negara,” kata Encik Wong.

Dalam perbahasan tentang pindaan itu, Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) berkata pemeriksaan lebih teliti diperlukan tentang bagaimana peranan peribadi, terpisah daripada tugas rasmi, benar-benar memajukan kepentingan nasional Singapura.

“Bagaimanakah pemerintah akan memastikan bahawa Presiden, apabila bertindak dalam kapasiti peribadinya, menuruti nasihat Kabinet tentang perkara yang perlu dikatakan atau dilakukan dalam peranannya, memandangkan banyak pertubuhan ini mengadakan mesyuarat mereka secara tertutup di negara asing?

“DPM berkata pertubuhan antarabangsa mahu Presiden kita terus meneruskan dalam peranan rasminya. Mereka juga mahu orang yang mereka lantik menyumbang secara bebas. Tetapi jika Kabinet boleh mengarahkan Presiden apa yang untuk dikatakan atau tidak, bagaimana itu menyumbang secara bebas?” kata Encik Giam.

Encik Dennis Tan (Hougang) pula berkata sedang pemerintah akan memastikan terdapat perlindungan dalam pindaan itu, beliau bertanya apakah perlindungan itu mencukupi. Beliau juga bertanya apakah perlindungan itu akan menimbulkan kerumitan lain atau kesudahan yang tidak dimaksudkan.

Beliau juga bertanya tentang sama ada masa dan perbelanjaan yang ditanggung semasa menjalankan tugas Presiden dalam pertubuhan asing atau antarabangsa akan dianggap sebagai peribadi memandangkan pelantikan itu dibuat dalam kapasiti peribadi.

“Adakah pembayar cukai perlu menanggung perbelanjaan perjalanan dan penginapan Presiden dan kakitangan sokongannya dan kakitangan keselamatan dari Istana? Bagaimana dengan gaji mereka? Rang undang-undang itu juga tidak menyebut tentang hak Presiden untuk menerima ganjaran daripada pertubuhan asing atau antarabangsa; adakah ganjaran sedemikian dibenarkan?” katanya.

Encik Wong berkata Presiden tidak boleh menyimpan sebarang ganjaran atau manfaat yang berhubung dengan pelantikan mereka dalam kapasiti peribadi.

“Sekiranya beliau ditawarkan manfaat sedemikian, presiden dijangka perlu menolaknya atau mendermakannya kepada amal. Kabinet akan menasihatkan Presiden dan Perdana Menteri akan mengarahkan menteri dalam keadaan ini,” kata Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >