Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usul izin presiden, menteri ambil peranan antarabangsa secara peribadi

Nov 06, 2023 | 07:06 PM



Satu pindaan kepada Perlembagaan telah disarankan untuk membenarkan presiden dan menteri menerima pelantikan dalam pertubuhan asing dan antarabangsa dalam kapasiti peribadi mereka, jika kepentingan negara memerlukannya.

Sebagai contoh, ini akan membolehkan Presiden Tharman Shanmugaratnam untuk meneruskan peranannya dengan Forum Ekonomi Sedunia (WEF) dan Kumpulan 30 (G30).

Rang Undang-Undang Perlembagaan bagi Republik Singapura (Pindaan No. 3) itu diperkenalkan di Parlimen pada Isnin, lapor The Straits Times.


Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan berkata dari masa ke semasa, presiden atau menteri diundang untuk menyandang jawatan penting dalam pertubuhan asing dan antarabangsa.

“Menerima jawatan sedemikian boleh meningkatkan kedudukan antarabangsa Singapura dan membantu memajukan kepentingan negara kita,” katanya seperti dilapor ST.


Pertubuhan ini biasanya mengundang individu untuk berkhidmat dalam kapasiti peribadi dan bukannya kapasiti rasmi mereka.

Bagaimanapun, pada masa ini, Perlembagaan Singapura tidak memperuntuk presiden, sebagai ketua negara, untuk mengambil peranan awam, di mana beliau bertindak dalam kapasiti peribadinya.

Rang undang-undang diusulkan bagi meminda Perlembagaan untuk mewujudkan satu rangka kerja yang membolehkan presiden melaksanakan peranan sedemikian dalam kapasiti peribadinya, apabila Kabinet menasihatkan bahawa adalah satu kepentingan negara untuk beliau berbuat demikian.

Walaupun undang-undang pada masa ini tidak melarang menteri daripada berkhidmat dalam pertubuhan asing dan antarabangsa dalam kapasiti peribadi, Rang tersebut bertujuan menyediakan rangka kerja yang sama bagi menteri untuk memberi liputan yang lebih menyeluruh, kata PMO.

Pada masa ini, Encik Tharman memegang beberapa pelantikan antarabangsa, termasuk sebagai pengerusi Lembaga Pemegang Amanah G30, anggota Lembaga Pemegang Amanah WEF, pengerusi bersama Suruhanjaya Global mengenai Ekonomi Air, dan pengerusi bersama Lembaga Penasihat bagi Laporan Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada 2 September lalu, sehari selepas memenangi Pilihan Raya Presiden, Encik Tharman memaklumkan media bahawa beliau akan meneliti semula beberapa jawatannya, memandangkan beliau menjadi presiden kesembilan Singapura.

Beliau menambah beliau perlu mengikuti nasihat Kabinet mengenai soal sama ada mengekalkan beberapa pelantikan itu akan memenuhi kepentingan Singapura.

Pindaan yang dicadangkan dalam rang undang-undang itu menetapkan garis batas undang-undang bagi Encik Tharman dan menteri, sekiranya mereka mengambil peranan tersebut dalam kapasiti peribadi.

Garis batas itu termasuklah: Kabinet mesti menasihati presiden bahawa adalah satu kepentingan negara untuk presiden menerima dan memegang jawatan itu, dan presiden, yang bertindak mengikut budi bicaranya, bersetuju dengan nasihat Kabinet.

Kabinet juga boleh dari masa ke semasa, menasihati presiden agar tidak berkata atau melakukan sesuatu perkara dalam melaksanakan fungsi jawatan sedemikian. Presiden juga mesti melepaskan jawatan, jika dinasihati Kabinet.

Rang itu akan dibahaskan pada sidang Parlimen seterusnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >