Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pindaan perlembagaan antara isu dibahas di sesi terakhir Parlimen 2023

Nov 21, 2023 | 07:01 PM



Sesi Parlimen terakhir untuk 2023 akan berlangsung pada Rabu.

Antara isu yang akan dibahaskan ialah cadangan pindaan kepada Perlembagaan Negara yang diusulkan Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Pembangunan Negara merangkap Kewangan), Cik Indranee Rajah, semasa sidang Parlimen pada 6 November lalu.

Cadangan pindaan tersebut adalah bagi mengizinkan Presiden untuk menerima pelantikan menganggotai organisasi asing dan antarabangsa atas kedudukan peribadi mereka, dengan syarat pelantikan tersebut dianggap memenuhi kepentingan nasional Singapura.

Pelantikan di bawah pindaan ini seharusnya meningkatkan kedudukan dan prestij antarabangsa Singapura di pentas global seperti pelantikan ke dalam organisasi seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kabinet akan menasihati Presiden jika pelantikan berkenaan menyokong kepentingan negara.

Selain itu, Pindaan Akta Pemberi Pinjam Wang juga akan dibincangkan.

Dengan pindaan yang dicadangkan, ia membenarkan pemberi pinjaman wang berlesen untuk mendapatkan laporan kredit daripada biro kredit yang ditubuhkan oleh bank Singapura agar dapat memastikan kesesuaian peminjam.

Laporan ini mesti dicatat dan disimpan dengan selamat. Ia juga merupakan satu kesalahan baru apabila pemberi pinjaman wang berlesen salah menuntut bayaran daripada peminjam.

Mengenai isu kos perumahan, Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio, Encik Gan Thiam Poh, pula akan menanyakan Menteri Pembangunan Negara tentang kenaikan harga flat jualan semula, dan bagaimana ia memberi kesan kepada mereka yang berpendapatan tidak seimbang.

Beliau juga akan bertanya sama ada lebih banyak bantuan boleh diberikan kepada mereka yang masih tidak mampu membeli flat dua bilik jualan semula.

Selain itu, AP Mountbatten, Encik Lim Biow Chuan, akan bertanya Menteri Ehwal Dalam Negeri mengenai pemantauan pemandu kenderaan dengan sistem ekzos yang diubah suai secara haram manakala Cik Yeo Wan Ling (GRC Pasir Ris-Punggol) akan bertanya kepada Menteri Pengangkutan sama ada pemandu kereta sewa swasta boleh memasang peranti rakaman video dan audio dalam kenderaan mereka.

AP GRC West Coast, Cik Rachel Ong, juga akan mengajukan soalan kepada Menteri Tenaga Manusia tentang keselamatan pekerja yang berada di geladak belakang lori semasa di jalan raya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >