Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

PM Lee beri kenyataan menteri berhubung Iswaran, peletakan jawatan AP

Aug 01, 2023 | 05:46 PM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong akan menyampaikan kenyataan menteri di Parlimen pada Rabu, berhubung siasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) melibatkan Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran.

Beliau juga akan bercakap mengenai peletakan jawatan mantan Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin dan bekas Anggota Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat (PAP), Cik Cheng Li Hui, sebagaimana yang telah diumumkannya di sidang media pada pertengahan Julai.

Sejumlah 18 soalan berkaitan dua perkara itu telah dikemukakan oleh AP, menurut kertas susunan mesyuarat yang dikeluarkan oleh Parlimen pada Selasa.

Pada 17 Julai, mantan Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, dan mantan AP GRC Tampines, Cik Cheng Li Hui, telah mengumumkan perletakan jawatan mereka daripada PAP ekoran hubungan sulit.

Pengumuman tersebut dibuat menyusuli pengumuman CPIB bahawa Encik Iswaran dan hartawan Encik Ong Beng Seng diberkas pada 11 Julai dan sedang membantu dalam siasatan mengenai kes yang telah dibongkarnya. Ia tidak memberikan butiran mengenai bentuk siasatan tersebut.

Antara soalan yang bakal dikemukakan dalam kertas susunan mesyuarat itu termasuk dari Dr Tan Wu Meng (GRC Jurong) yang bertanyakan mengapa siasatan terhadap kes Encik Iswaran dimulakan pada 11 Julai 2023 meskipun PM Lee telah diberitahu oleh pengarah CPIB mengenai perkara tersebut pada 5 Julai.

Cik Joan Pereira (GRC Tanjong Pagar) pula bakal bertanyakan mengapa kes Encik Iswaran tidak diumumkan kepada masyarakat umum dengan segera untuk memastikan ketelusan. 

AP Parti Pekerja, Encik Louis Chua (Sengkang GRC) dan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai, bertanya mengenai keadaan di mana CPIB terikat untuk memohon persetujuan Perdana Menteri untuk membuka siasatan bagi jenayah disyaki yang dibongkarnya. Encik Chua juga bertanya sama ada pernah berlaku Perdana Menteri tidak memberikan kebenaran kepada CPIB untuk menyiasat suatu perkara.

Dalam pada itu, Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai bakal mengemukakan usulan bagi menggesa parlimen mengesahkan komitmennya terhadap memastikan Speaker Parlimen tidak berpihak dan supaya Parlimen kekal sebagai sidang yang adil bagi semua.

Parlimen pada 2 Ogos bersidang pada 11 pagi dan bermula dengan pemilihan Speaker baru.

Encik Lee telah berkata beliau berhasrat menamakan Encik Seah Kian Peng (GRC Marine Parade) bagi jawatan tersebut.

Ini disusuli acara angkat sumpah bagi sembilan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), sebelum masa untuk bertanya soalan bermula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >