Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: AS, China harus kerjasama, ketegangan boleh jejas keamanan Asean

Sep 06, 2023 | 02:05 PM



Persaingan antara dua kuasa besar, Amerika Syarikat dan China, menimbulkan keprihatinan Asean memandangkan kestabilan serta kemakmurannya mudah terjejas akibat ketegangan itu.

Justeru, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, menggesa kedua-dua negara tersebut meneruskan dialog dan memperkukuh kepercayaan dan kerjasama antara satu sama lain.

Kepimpinan kedua-dua kuasa besar itu juga perlu dipaparkan dalam menangani isu-isu global, katanya.

PM Lee berkata demikian semasa Sidang Puncak Asean-China ke-26 pada Rabu di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC) bersama pemimpin Asean dan Perdana Menteri China, Encik Li Qiang.

Ia merupakan sebahagian daripada Sidang Puncak Asean ke-43 yang sedang berlangsung di Jakarta hingga 7 September.

“Asean mempunyai keprihatinan langsung memandangkan ketegangan ini boleh mencetus masalah dalam rantau ini dan menjejas keamanan, kemakmuran dan kestabilan yang telah kita nikmati selama berdekad.

“Amat penting untuk kedua-dua negara teruskan berdialog, bina kepercayaan strategik dan berusaha ke arah kerjasama lebih baik. AS dan China perlu menonjolkan kepimpinan mereka untuk menangani isu-isu global yang menjejas kita semua,” kata Encik Lee semasa sidang puncak yang diadakan dengan China.

Menyentuh tentang kerjasama berterusan Asean-China, Encik Lee menyarankan beberapa bidang kerjasama baru termasuk dari segi keterhubungan dan ekonomi digital.

Antaranya termasuk dalam mempertingkat hubungan China dan Asean melalui Persetujuan Pengangkutan Udara Asean-China yang lebih terbuka.

Berhubung kerjasama ekonomi digital pula, Encik Lee menekankan pentingnya memastikan transaksi rentas sempadan dapat dilakukan secara lancar dan mampan bagi membantu Asean membentuk Masyarakat Digital melalui Persetujuan Rangka Kerja Ekonomi Digital.

China merupakan Rakan Strategik Komprehensif (CSP) Asean sejak 2021 dan kerjasama tersebut dijangka terus diperkukuh dalam fasa seterusnya “berdasarkan kepercayaan dan rasa hormat di semua peringkat”, ujar Encik Lee.

Kerjasama yang diperkukuh dalam pelbagai bidang dapat membantu Asean dan China membina kepercayaan dan keyakinan untuk menangani isu-isu mencabar seperti berhubung Laut China Selatan.

“Asean dan China telah terus bekerjasama antara satu sama lain untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan kawasan itu.

“Kita perlu mempergiat usaha mencapai Kod Tatalaku (COC) yang selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa yang dipersetujui semua, termasuk UNCLOS 1982 dan juga melindungi hak kepentingan semua pihak,” kata Encik Lee.

Encik Lee juga telah menghadiri beberapa sidang puncak lain pada hari kedua Sidang Puncak Asean ke-43 di Jakarta, Indonesia.

Asean telah mengiktiraf Jepun sebagai Rakan Strategik Komprehensif (CSP) baru pada Rabu, dan ini akan memperluaskan bidang kerjasama rantau itu dengan Jepun.

Mengalu-alukan perkembangan tersebut semasa Sidang Puncak Asean-Jepun yang ke-26 pada Rabu, Encik Lee menekankan beberapa bidang kerjasama utama yang perlu terus diusahakan, termasuk ekonomi digital dan hijau, keselamatan siber, dan keterhubungan.

Sidang puncak ini dihadiri Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >