Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

PM Lee hadiri Sidang Puncak Asean di Jakarta

Sep 04, 2023 | 01:58 PM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong akan menghadiri Sidang Puncak Asean ke-43 yang berlangsung 5 hingga 7 September di Jakarta, Indonesia.

Ini merupakan sidang puncak kedua yang dianjurkan Indonesia sebagai pengerusi Asean bagi 2023.

Ia menyusuli Sidang Puncak Asean ke-42 yang telah diadakan di Labuan Bajo, di Nusa Tenggara Timur, Indonesia pada Mei.

Dalam kenyataannya pada 4 September, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata antara lain, perbincangan dijangka merangkumi usaha mengukuhkan integrasi Asean dan memperluas kerjasama dalam bidang utama seperti digital dan ekonomi hijau.

PMO berkata pemimpin Asean juga akan membincangkan cara terbaik untuk mengekalkan kerelevanan dan peranan utama Asean dalam persekitaran serantau yang semakin berubah.

Selain itu, pemimpin Asean juga akan bertukar pandangan berkaitan perkembangan serantau dan antarabangsa, termasuk keadaan di Myanmar, menurut PMO.

Encik Lee ke Jakarta ditemani Menteri Ehwal Luar Negara, Dr Vivian Balakrishnan. Mereka akan diiringi pegawai dari Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong akan mendukung peranan sebagai Pemangku Perdana Menteri bagi tempoh 5 hingga 7 September.

Indonesia, sebagai pengerusi Asean 2023, telah menetapkan tema “Asean Matters: Epicentrum of Growth”, yang secara kasar menggariskan agenda penting dan yang berpandang ke hadapan, terutama dalam bidang seperti persepaduan ekonomi, dan usaha membangun masyarakat bagi memastikan perpaduan dan perkembangan Asean.

Pemimpin Asean juga akan bertemu dengan rakan kongsi negara lain semasa Sidang Puncak Asean Plus Three yang ke-26, Sidang Puncak Asia Timur yang ke-18 serta sidang puncak lain yang diadakan dengan Australia, Canada, China, India, Jepun, Korea Selatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat.

Antara pemimpin dunia yang dijangka menghadiri Sidang Puncak Asean ke-43 itu termasuk Naib Presiden Amerika Syarikat, Cik Kamala Harris dan Perdana Menteri China, Encik Li Qiang.

Sidang Puncak Asean ke-43 selama tiga hari ini diadakan di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC).

Sebelum ini, pihak berkuasa Jakarta berkata sekitar 75 peratus daripada penjawat awam akan bekerja dari rumah semasa tempoh sidang puncak tersebut.

Ini merupakan antara langkah yang diambil pemerintah Indonesia bagi menangani pencemaran udara.

Laporan lanjut di Muka 5




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >