Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Pemerintah akan buat yang terbaik kurangi kesan kos sara hidup

Pastikan kos khidmat pemerintah serendah mungkin, perkhidmatan awam cekap dan berkesan kos
Nov 22, 2023 | 07:14 PM



Pemerintah sedar pendapatan meningkat secara berterusan tahun demi tahun tetapi masih ada sebilangan besar isi rumah yang masih merasakan tekanan kos sara hidup, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Justeru, pemerintah akan melakukan yang terbaik untuk mengurangkan tekanan itu terhadap isi rumah yang terjejas, termasuk memastikan kos perkhidmatan pemerintah kekal serendah mungkin.

Berucap di perasmian Persidangan Perwakilan Kebangsaan (NDC) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) 2023 pada Rabu, Encik Lee berkata strategi Singapura untuk mengurangkan kos sara hidup ialah dengan memastikan pemerintah kekal teguh dan cekap dan perkhidmatan awam beroperasi dengan cekap dan berkesan kos.

“Di Singapura, kami mengelak daripada meletakkan seluruh beban pada pembayar cukai. Kami memerlukan pengguna membayar caj yang berpatutan untuk perkhidmatan ini.

“Kami juga memerlukan operasi ini ‘balik modal’, dan memperoleh pulangan, yang juga dikenali sebagai keuntungan.

“Ini akan memberi tekanan pada penyedia perkhidmatan untuk menjadi cekap, untuk menjalankan dengan cara terbaik yang mereka boleh, bagi mengurangkan kos mereka,” kata Encik Lee kepada sekitar 1,500 pemimpin kesatuan, rakan kongsi tiga pihak dan tetamu lain di acara di pusat riadah Orchid Country Club di Yishun itu.

Encik Lee berkata pemerintah juga sedar akan keperluan tambahan sesetengah isi rumah, dan pemerintah menyediakan sokongan dalam bentuk wang tunai atau baucar, seperti rebat U-Save, baucar pengangkutan awam dan serta baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Sebilangan keluarga akan mendapat bantuan langsung hingga $9,000 pada tahun kewangan ini, tambah beliau.

Encik Lee berkata bantuan sebegitu lebih berkesan daripada memberi subsidi harga elektrik atau air secara menyeluruh, seperti yang dilakukan beberapa negara lain.

Dengan subsidi menyeluruh, isi rumah yang menggunakan paling banyak air dan elektrik mendapat faedah paling banyak, ujarnya.

Kenyataan Encik Lee itu dibuat menyusuli beberapa kenaikan kos dan tarif bagi penggunaan utiliti yang diumumkan pada 2023.

Agensi air negara PUB mengumumkan pada September bahawa harga air akan dinaikkan sebanyak 50 sen bagi setiap meter padu secara berperingkat dalam dua tahun, pada April 2024 dan April 2025.

Sementara itu, antara 1 Oktober dengan 31 Disember, tarif elektrik akan dinaikkan daripada 27.74 sen setiap kWh pada suku semasa kepada 28.8 sen setiap kWh, tidak termasuk GST.

“Kami memastikan perkhidmatan awam kita mampan dari segi kewangan dan piawaian yang tinggi dalam jangka panjang, manakala dalam jangka pendek memberi bantuan tambahan kepada isi rumah mengikut keperluan mereka, dan berkongsi beban secara saksama,” ujar Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >