Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC bakal tubuh ‘Makmal Inovasi’: Chee Meng

Nov 22, 2023 | 05:24 PM



Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) akan menubuhkan sebuah Makmal Inovasi bagi memupuk budaya inovasi dalam gerakan buruh, kata Setiausaha Agung-nya, Encik Ng Chee Meng, pada Rabu. 

Mengumumkan rancangan itu di Persidangan Perwakilan Kebangsaan NTUC 2023, beliau berkata Makmal Inovasi adalah “keupayaan penting” kerana ia akan memastikan NTUC dapat terus memperkenal sesuatu yang baru dan membuat pembaharuan atau penyesuaian terhadap keperluan pekerja di sini.

Budaya inovasi dalam NTUC juga dapat memastikan gerakan buruh kekal “tangkas, mudah suai dan relevan” untuk memenuhi keperluan pekerja merentasi semua kolar pekerjaan, tambahnya.

Encik Ng berkata NTUC akan meninjau idea terbaik dari setiap pelosok dunia serta bekerjasama dengan ilmuan dan pihak berkepentingan lain untuk memikirkan dan menguji penyelesaian baik bagi masalah segera dan jangka panjang.

“Ini adalah keupayaan penting yang perlu kita bangunkan agar kita bukan sahaja dapat respons kepada cabaran kompleks, malah secara proaktif menjangka dan merebut peluang baru untuk memberi kesan positif kepada pekerja kita.

“Gerakan buruh kita tidak boleh hanya respons terhadap perubahan, sebaliknya mesti berada di sempadan semua perubahan yang berbeza di dunia, supaya kita dapat memperkasa pekerja kita dengan lebih baik,” katanya.

Memberi contoh bagaimana Makmal Inovasi dapat membantu memupuk budaya inovasi di sini, Encik Ng menyebut tentang Majlis Keselamatan Pekerjaan (JSC) yang dirintis oleh NTUC pada 2020.

Menurutnya, JSC menjadi daya tarikan kerana ia berupaya memadankan pekerja dengan pekerjaan baru dengan cepat semasa kemuncak pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, persoalannya ialah apakah gerakan buruh harus berpuas hati dengan JSC sebagaimana adanya, atau apakah mereka perlu berinovasi supaya ia boleh diperluas bagi memperkasa pekerja melebihi padanan pekerja dan pekerjaan.

Segmen belia juga antara bidang yang boleh diterokai oleh Makmal Inovasi, ujar Encik Ng.

Beliau memberi contoh bagaimana NTUC boleh menambah baik keupayaan penempatan pekerjaan semasa dengan perkhidmatan yang dipertingkat yang dicari oleh belia, seperti percubaan kerjaya, bimbingan dan perancangan kerjaya.

“Semua ini boleh diadakan dalam ekosistem Makmal Inovasi. Jika kita berjaya membina makmal sebegitu.

“Keupayaan ini akan memastikan NTUC ‘Berinovasi, Berinovasi, Berinovasi’ supaya kita sentiasa tangkas menyesuaikan diri bagi memenuhi keperluan pekerja kita yang berubah-ubah dan, yang penting, memainkan peranan bermakna bersama majikan dan pemerintah,” ujarnya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >