Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee seru terus perkukuh model unik kerjasama tiga pihak

Nov 22, 2023 | 04:09 PM



Kerjasama erat tiga pihak melibatkan pemerintah, kesatuan sekerja dan majikan boleh berlaku di Singapura disebabkan pendekatan “propertumbuhan” dan “propekerja” pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP), kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada Rabu.

Berucap di Persidangan Perwakilan Kebangsaan (NDC) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) 2023, Encik Lee berkata jalinan itu memberi Singapura “kelebihan yang besar dan berkekalan” sedang negara ini menyusun semula dan mengembangkan ekonominya, sambil menambah bahawa gandingan itu merupakan satu “khazanah negara kita”.

“Setiap rakyat Singapura dapat menikmati perumahan, penjagaan kesihatan, pendidikan yang baik – semuanya disubsidi oleh pemerintah.

“Kita bukan mencipta pekerjaan yang baik sahaja, malah mendidik dan melatih pekerja untuk membolehkan mereka melaksanakan pekerjaan.

“Itulah sebabnya rakyat Singapura boleh mengharapkan gaji lebih baik, taraf hidup lebih tinggi, dan peluang lebih cerah,” kata Encik Lee.

Hasil tumpuan pemerintah pada dua keutamaan, mengembangkan ekonomi dan membolehkan pekerja mendapat manfaat sepenuhnya daripada pertumbuhan sedemikian, Encik Lee menekankan bahawa pemerintah telah mewujudkan satu “Singapura yang bernilai tinggi”.

​Dengan pemerintah meneraju negara ini ke arah yang betul, adalah lebih mudah bagi rakan tiga pihak bekerjasama untuk mencipta kemakmuran sambil berkongsi hasil pertumbuhan, tambah beliau. 

“Syarikat dan pelabur bersedia membayar lebih untuk berada di sini, untuk memanfaatkan hubungan industri kita yang harmoni dan persekitaran mesra perniagaan.

“Mereka menghargai berada di negara yang tahu arah tujuannya, di mana semua orang bersatu untuk kebaikan bersama, semuanya berfungsi, dan kehidupan boleh menjadi lebih baik untuk semua,” kata Encik Lee pada persidangan di Orchid Country Club itu.

Nilai tinggi itu juga dinikmati oleh rakyat Singapura.

Meskipun pekerja di sini melakukan pekerjaan yang sama seperti pekerja lain di rantau ini, mereka memperoleh pendapatan lebih besar daripada di tempat lain.

Ini kerana syarikat boleh beroperasi dengan lebih cekap di sini, serta bergantung pada kestabilan politik Singapura dan pemerintah yang cekap, ujar Encik Lee.

“Itulah juga sebabnya ramai orang ingin datang ke Singapura untuk bekerja, sama ada dengan permit kerja, Pas S, atau pas pekerjaan,” tambahnya.

Sekitar 1,500 pemimpin kesatuan, rakan kongsi tiga pihak dan tetamu lain menghadiri persidangan itu, yang diadakan setiap empat tahun.

Encik Lee berkata usaha kerjasama tiga pihak kunci kepada kejayaan Singapura, namun Gerakan Buruh perlu terus berkembang agar dapat kekal relevan sedang dunia menghadapi beberapa ketidaktentuan dan cabaran.

Beliau menarik perhatian Gerakan Buruh memainkan peranan penting pada tahun-tahun akan datang.

Walaupun peranan tradisional Gerakan Buruh masih relevan – iaitu memperjuangkan hak pekerja, membantu mereka mendapat pekerjaan baik – terdapat juga keperluan mencipta dan membayangkan semula gerakan itu sebagai sebuah gerakan yang membimbing pekerja untuk mengikuti perubahan ekonomi serta pasaran pekerjaan.

Dalam ucapannya, Encik Lee juga menggesa pemerintah dan NTUC meneruskan hubungan simbiotik itu – yang memberi faedah bersama – yang menjadi pendekatan mereka sejak awal.

“Mari kita terus mengukuhkan model unik kerjasama tiga pihak kita ini sebagai kelebihan daya saing Singapura yang berkekalan dalam dunia yang tidak menentu. 

“Dengan cara itu, kita boleh mencipta masa depan lebih baik untuk pekerja kita dan untuk Singapura,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >