Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Richard Hu tinggalkan legasi dalam bidang kewangan S’pura

Sep 09, 2023 | 07:30 PM



Menteri Kewangan Singapura paling lama berkhidmat, Dr Richard Hu, yang meninggal dunia pada usia 96 tahun pada Jumaat, telah meninggalkan legasi dalam sektor kewangan, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Mendiang juga akan sentiasa diingati atas nasihat bijaknya, pengawasan yang kukuh dan keprihatinan mendalam terhadap warga Singapura, tambah Encik Lee.

Dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu, Encik Lee berkata beliau “sangat sedih” dengan pemergian “rakan sekerja dan kawan rapat selama bertahun-tahun lamanya”, ketika memberi penghormatannya kepada Dr Hu, yang merupakan Menteri Kewangan dari 1985 hingga 2001.

Encik Lee berkata: “Kami memasuki politik pada tahun yang sama – 1984. Dari awal kami bekerjasama rapat, dalam MTI (Kementerian Perdagangan dan Perusahaan) dan MOF (Kementerian Kewangan), menguruskan ekonomi Singapura dan kewangan negara. Saya akan sentiasa mengingati nasihatnya yang bijak, pengawasan yang kukuh, dan keprihatinannya yang mendalam terhadap warga Singapura.”

Pada 1984, Dr Hu dilantik sebagai Anggota Parlimen (AP) bagi kawasan Kreta Ayer, sementara Encik Lee dilantik AP kawasan undi perseorangan (SMC) Teck Ghee.

Dr Hu ditugaskan sebagai Menteri Perdagangan dan Perusahaan, manakala Encik Lee dilantik Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Pertahanan).

Encik Lee berkata Dr Hu telah meninggalkan legasi dalam bidang kewangan. 

Pada 1983, Dr Hu bersara daripada syarikat tenaga global dan petrokimia, Shell dan menyertai Penguasa Kewangan Singapura (MAS) sebagai pengarah urusannya. Dua tahun kemudian, beliau menjadi pengerusi MAS apabila beliau memasuki Kabinet.

Di bawah kepimpinan Dr Hu, MAS membentuk kelayakannya untuk penyeliaan dan pengawalan ketat sektor kewangan, dan dasar monetari yang kukuh, kongsi Encik Lee.

Encik Lee berkata: 

“Tahun 1980-an dan 1990-an menyaksikan episod turun naik pasaran kewangan antarabangsa. Sepanjang tempoh itu, MAS teguh mengekalkan dasar monetari berpusatkan kadar pertukaran, menekankan peranan dolar Singapura yang stabil dalam memelihara kuasa beli isi rumah Singapura, dan menghapuskan beberapa serangan spekulatif terhadap kadar pertukaran.

“(Dr Hu) menyelia rombakan rangka kerja pengawalseliaan sekuriti kami, yang memudahkan pembangunan, seterusnya pasaran modal kami dan meletakkan asas untuk Singapura menjadi hab kewangan global yang berkembang maju.”

Sebagai Menteri Kewangan paling lama berkhidmat di Singapura, Dr Hu membentangkan rekod 16 belanjawan di Parlimen, mengawasi tempoh pertumbuhan tinggi dan lebihan belanjawan yang besar, kata Encik Lee.

Beliau menambah: “Di bawah pengurusan berhemahnya, lebihan ini terus terkumpul dalam rizab kami, untuk menjadi sumber unik yang kini boleh Singapura bergantung, baik untuk rutin perbelanjaan belanjawan, dan dalam krisis dengan izin Presiden.”

Dasar utama yang diselia oleh Dr Hu ialah pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1994, katanya lagi.

Encik Lee berkata dasar itu membolehkan Singapura menurunkan cukai pendapatan dan korporat pada masa banyak negara lain melakukan yang sama, mencabar daya saing antarabangsa negara.

Encik Lee berkata: “Tetapi Richard tidak hanya meneruskan GST. Beliau memperkenalkan pakej sokongan yang menyeluruh dan keseimbangan untuk membantu perniagaan dan isi rumah mengatasinya. Ini adalah model bagi banyak pakej bantuan berikutnya daripada pemerintah yang telah memberi manfaat kepada generasi warga Singapura.

Beliau menambah: “Singapura terhutang budi kepada Richard atas sumbangan dan perkhidmatan sepanjang hayatnya kepada negara. Beliau akan sangat dirindui.”

Pada Sabtu, Menteri Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong, turut memberi penghormatan kepada Dr Hu, yang kerjayanya telah menjangkau hampir sepanjang tempoh Encik Goh dilantik Perdana Menteri Singapura antara 1990 dengan 2004.

Dalam hantaran di Facebooknya, Encik Goh berkata Dr Hu adalah ahli penting pasukan kepimpinan 2G Singapura. ‘G’ yang berbeza digunakan untuk melabelkan kabinet perdana menteri yang berbeza, iaitu menunjukkan perubahan generasi yang berlainan.

Encik Goh berkata: “Saya terhutang budi kepada Dr Hu kerana bersetuju menyertai (Parti Tindakan Rakyat) untuk membantu pasukan 2G. Saya mengambil bukan satu, dua tetapi tiga pertemuan untuk memujuk beliau berbuat demikian.

“Terima kasih Richard atas perkhidmatan tidak mementingkan diri anda kepada negara.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >