Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Semakan dijalankan ke atas hartanah Ridout Road, atas permintaan Shanmugam dan Vivian

May 23, 2023 | 07:22 PM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah menugaskan Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, untuk menjalankan semakan semula perkara yang melibatkan dua menteri Kabinet yang menyewa dua hartanah kediaman berasingan di Ridout Road di bawah pengurusan Penguasa Tanah Singapura (SLA).


Ini untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang salah laku, dengan semakan itu mesti dilakukan untuk memastikan pemerintah sekarang mengekalkan standard kewibawaan tertinggi.

Dalam satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Selasa, PM Lee memaklumkan bahawa Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K Shanmugam, dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, juga telah bercakap kepadanya untuk meminta satu semakan dilakukan yang bebas daripada kementerian dan agensi yang diselia mereka.

Pada 12 Mei 2023, SLA mengeluarkan satu kenyataan mengenai dua hartanah kediaman itu yang disewa secara berasingan oleh Encik Shanmugam dan Dr Balakrishnan.

Anggota Parlimen (AP) juga telah memfailkan soalan Parlimen mengenai perkara itu, yang akan dijawab dalam sidang Parlimen akan datang pada Julai.

“Minggu lalu, saya telah meminta laporan daripada agensi berkaitan yang melaporkan fakta terbabit. Saya juga telah meminta Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan, Teo Chee Hean, untuk menyemak semula perkara itu, dan menentukan sama ada proses yang betul telah diikuti, dan jika terdapat sebarang salah laku.

“Ini mesti dilakukan untuk memastikan pemerintah ini mengekalkan standard kewibawaan tertinggi. Saya telah meminta SM Teo untuk melaksanakan semakan dengan cepat dan melaporkan penemuan itu kepada umum sempat bagi persidangan Parlimen,” kata PM Lee.

Bercakap kepada wartawan pada Selasa petang, Encik Shanmugam menegaskan beliau tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan dan fakta harus dibentangkan di Parlimen bagi rakyat menilainya.

“Ini adalah harta awam. Rakyat berhak bertanya. Saya tahu apa yang saya buat. Saya mematuhi segala peraturan. Tetapi apabila soalan ditimbulkan, anda tahu bagaimana ia berfungsi. Pemerintah akan meneliti perkara itu. Kenyataan PM Lee telah menyatakan perkara itu.

“Kita memerlukan pendekatan seperti ini, tanpa mengira siapa yang terlibat, untuk memastikan sistem beroperasi dengan berwibawa. Kita tidak boleh membiarkan keraguan tentang kewibawaan menteri memuncak dan dibiarkan tanpa ditangani.

“Saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Kita harus nyatakan fakta, bentangkan di hadapan Parlimen dan rakyat. Itulah satu-satunya cara untuk mengekalkan kepercayaan. Dan apabila Parlimen bersidang pada Julai, soalan-soalan ini akan dijawab oleh SM Teo.

“Beberapa dakwaan dan tuduhan berat telah dibuat. Kami (Shanmugam dan Balakrishnan) yakin dengan cara kami bertindak, jadi kami meminta Perdana Menteri untuk menjalankan semakan bebas,” tegasnya.

Memberi ulasannya, Dr Balakrishnan pula memberitahu wartawan bahawa beliau “sangat gembira kerana PM Lee bersetuju untuk mengadakan semakan ini, dan untuk menerbitkan semua fakta dan penemuan yang berkaitan sebelum kita mengadakan perbahasan penuh di Parlimen”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >