Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee temui PM Trudeau pererat hubungan S’pura-Canada

Sep 08, 2023 | 05:50 PM



Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong menyambut lawatan Perdana Menteri Canada, Encik Justin Trudeau, di Istana pada Jumaat.

Encik Trudeau melawat Singapura dari 7 hingga 8 September sebagai sebahagian daripada lawatan kerja. Beliau ditemani Menteri Penggalakan Eksport, Perdagangan Antarabangsa dan Pembangunan Ekonomi Canada, Cik Mary Ng.

Dalam catatan Facebooknya pada Jumaat, Encik Lee berkata: “Saya gembira menyambut Perdana Menteri Canada, Encik Justin Trudeau, ke Singapura hari ini.

“Kami mengesahkan persahabatan mesra antara negara kami, dan berbincang tentang perkembangan antarabangsa dan hubungan dua hala.

“Saya berbesar hati melihat kerjasama kami yang semakin meningkat dalam bidang-bidang seperti keselamatan siber dan pertukaran orang antara kedua-dua negara.”

Encik Lee juga mengucapkan tahniah kepada Encik Trudeau atas peningkatan hubungan Asean-Canada kepada Perkongsian Strategik beberapa hari lalu di Sidang Puncak Asean di Jakarta.

“Singapura mengalu-alukan penglibatan Canada dengan rantau ini dan kami mengharapkan kerjasama yang lebih erat,” tambah Encik Lee.

Encik Trudeau dan Encik Lee menegaskan semula persahabatan mesra antara Singapura dan Canada, yang disokong oleh pandangan bersama mengenai isu-isu utama seperti komitmen terhadap multilateralisme dan kedaulatan undang-undang, serta mengiktiraf kepentingan perdagangan bebas.

Di samping itu, kedua-dua Perdana Menteri membincangkan perkembangan antarabangsa dan bagaimana negara seperti Singapura dan Canada boleh bekerjasama untuk memajukan pertumbuhan ekonomi bagi kebaikan rakyat.

Singapura dan Canada sudah lama berusaha meningkatkan kerjasama dua hala dalam beberapa bidang. Ini termasuk pembaharuan Memorandum Persefahaman (MOU) Keselamatan Siber Canada-Singapura, yang akan meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara mengenai ruang siber.

Ini akan dilakukan melalui pertukaran maklumat, pembangunan kemahiran, dan program pembinaan kapasiti, serta memulakan rundingan mengenai Perjanjian Keselamatan Am untuk memudahkan pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua negara.

Canada dan Singapura turut membincangkan cara untuk memajukan kerjasama dalam Sains, Teknologi dan Inovasi.

Selain itu, kedua-dua negara berhasrat untuk mewujudkan Perjanjian Mobiliti Belia Canada-Singapura, yang akan membantu memupuk hubungan yang lebih kukuh antara rakyat dan menggalakkan pertukaran silang budaya dengan memudahkan golongan muda untuk bekerja di negara masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >