Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee ucap tahniah, anggap pemilihan Presiden Tharman ‘petanda baik’ bagi S’pura

Sep 14, 2023 | 09:00 PM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengucapkan tahniah kepada Presiden kesembilan Singapura, Encik Tharman Shanmugaratnam, atas kemenangan besarnya dalam Pilihan Raya Presiden yang lalu.

Beliau berkata undian kukuh yang diperoleh Encik Tharman menunjukkan penghormatan dan sokongan pengundi terhadapnya dan mesej perpaduan yang ditekankan semasa kempennya.

Encik Lee, dalam ucapannya semasa Upacara Angkat Sumpah Presiden yang diadakan di Istana pada malam Khamis, menambah bahawa kemenangan Encik Tharman menunjukkan bahawa aspek kaum bukan lagi faktor besar yang diambil kira pengundi seperti dalam pilihan raya-pilihan raya dahulu.

“Pilihan raya ini telah menunjukkan bahawa dalam pengundian, kaum adalah faktor lebih kecil sekarang berbanding dahulu.

“Seperti yang anda, Tuan Presiden, katakan pada malam pilihan raya, kaum adalah faktor dalam politik di mana-mana, tetapi pengundi Singapura hari ini melihat banyak faktor lain juga.

“Ia sememangnya satu petanda yang baik bahawa dalam undi nasional, warga Singapura telah memilih calon daripada masyarakat minoriti sebagai Presiden, atas meritnya, dengan majoriti yang besar,” kata Encik Lee.

Pada Rabu dan Khamis, Encik Lee menghadiri majlis perpisahan mantan Presiden Halimah Yacob serta upacara angkat sumpah Presiden Tharman seorang diri, tanpa ditemani isterinya, Cik Ho Ching.

Menjawab pertanyaan media tentang ketiadaan Cik Ho Ching, Setiausaha Media kepada Encik Lee berkata: “Cik Lee sedang pulih daripada jangkitan pernafasan, jadi beliau tidak dapat menghadiri majlis dua hari ini.”

Sementara itu, Encik Lee akur bahawa Encik Tharman “sangat layak untuk jawatan tinggi itu” kerana beliau bukan sahaja mempunyai kebolehan, pengalaman dan kaliber untuk menggalas tugasnya, malah beliau juga memiliki “pertimbangan yang baik dan integriti yang tidak dipertikaikan – semua prasyarat penting untuk menjadi Presiden”.

Dalam ucapannya juga, Encik Lee mengingatkan bahawa sebagai Presiden, Encik Tharman mempunyai tanggungjawab besar meluluskan pelantikan penting dan menjaga rizab negara.

Dibantu oleh Majlis Penasihat Presiden, Presiden perlu memastikan bahawa rizab dilindungi dengan baik dan digunakan hanya untuk tujuan penting dan luar biasa, terutama dalam krisis yang mendesak, jelas beliau.

Encik Lee memberi jaminan bahawa pemerintahnya akan memberi sokongan dan kerjasama penuh kepada pejabat Presiden dalam hal itu.

“Dengan pengalaman luas anda dalam hal ekonomi dan kewangan serta keterbiasaan anda dengan cara sistem kunci kedua berfungsi, saya yakin dengan keupayaan anda memenuhi tugas penting ini,” ujar beliau.

Beliau turut menyatakan bahawa sebagai Presiden, Encik Tharman akan memainkan peranan sebagai “diplomat tertinggi” negara, mewakili Singapura di persada dunia.

Encik Lee berkata beliau tidak ada sebarang keraguan tentang kebolehan Encik Tharman menjalankan amanah tersebut dengan baik memandangkan pengalamannya yang meluas di peringkat antarabangsa.

“Pemerintah akan bekerja rapat dengan anda dan menyokong anda... demi memajukan kepentingan Singapura dan meningkatkan status kita di dunia,” tambah Encik Lee.

Beliau turut mengalu-alukan usaha Encik Tharman mengukuhkan hubungan Singapura dengan negara dan rakan kerja antarabangsa lain demi membuka peluang baru di luar negara bagi rakyat dan perniagaan tanah air.

Mengakhiri ucapannya, Encik Lee berkata: “Tuan Presiden, Singapura sedang mengemudi ke hadapan dalam dunia yang semakin bermasalah dan tidak menentu. Masyarakat kita dalam peralihan sedang kita menyesuaikan diri dan berkembang dengan keadaan yang giat berubah.

“Dalam masa sebegini, adalah penting jawatan tertinggi negara kita diduduki oleh seseorang yang mempunyai pengalaman dan kebolehan, nilai dan watak yang betul.

“Saya yakin bahawa seperti mereka yang mendahului anda, anda juga akan menjadi Presiden bagi semua warga Singapura dan berkhidmat kepada Singapura dengan dedikasi dan cemerlang.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >