Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee ziarah kompleks silang agama baru di Abu Dhabi

Oct 21, 2023 | 11:43 PM



Satu gereja, masjid dan saumaah berdiri sama gah dalam satu kompleks antara agama yang digelar Abrahamic Family House di Abu Dhabi.

Tiga bangunan itu serupa dari segi saiz dan bahan yang digunakan, tetapi agak berbeza dari segi reka bentuk dan seni binanya.

Masing-masing dikunjungi masyarakat Kristian, Islam dan Yahudi di Abu Dhabi – tiga agama yang berakar daripada Nabi Ibrahim as.

Dibuka pada Februari 2023, ketiga-tiga bangunan itu membentuk sebahagian daripada kompleks yang melambangkan nilai-nilai kewujudan bersama, kepelbagaian dan dialog antara agama.







Kompleks tersebut merupakan antara tempat menarik yang dikunjungi Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di Abu Dhabi pada Sabtu.

“Perpaduan dalam kepelbagaian,” tulis Encik Lee di dinding hiasan kompleks itu. Pengunjung boleh menulis ucapan dan harapan mereka di dinding itu.







Pembangunan kompleks itu meraih inspirasi daripada konsep yang dibentangkan dalam Dokumen Persaudaraan Insan yang ditandatangani Pope Francis dan Imam Besar Al Azhar Dr Ahmed El-Tayeb di Abu Dhabi pada 2019.

Pada Sabtu, Encik Lee turut menziarahi Masjid Besar Sheikh Zayed, satu lagi tarikan di Abu Dhabi.

Masjid itu mengambil masa 11 tahun untuk dibina sebelum dibuka pada 2007. Ia dinamakan sempena pengasas UAE, Sheikh Zayed Sultan Al Nahyan yang meninggal dunia pada 2004.







Awal sebelum itu, beliau turut mengunjungi Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia pada ketinggian lebih 828 meter, atau lebih 160 tingkat.

Encik Lee berada di Amiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu dan Ahad dalam rangka lawatan rasmi pertamanya ke negara itu.

Lawatan ke UAE itu ialah sambungan lawatan Encik Lee ke Timur Tengah, menyusuli lawatan ke Arab Saudi dari Selasa hingga Jumaat lalu.


Dalam lawatan itu, Encik Lee diiringi Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng; Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor; serta Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >