Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Poliklinik Sembawang dengan taman terapeutik pelega tekanan dibuka

Usaha tambah baik kesihatan penduduk dibuat julung kalinya dengan kerjasama NParks
Nov 25, 2023 | 09:19 PM



Taman terapeutik yang bertujuan membantu melegakan fikiran, menghilangkan tekanan serta mampu dijadikan ruang bersenam wujud dalam perkarangan Poliklinik Sembawang yang dibuka secara rasmi oleh Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pada Sabtu.

Poliklinik Sembawang bahkan adalah poliklinik pertama yang bekerjasama dengan Lembaga Taman Negara (NParks) dalam usaha menambah baik kesihatan dan kesejahteraan penduduk di daerah Sembawang.

Terletak di persimpangan antara Canberra Road dengan Canberra Link, poliklinik ini adalah yang kelapan di bawah rangkaian Poliklinik Kumpulan Penjagaan Kesihatan Kebangsaan (NHGP).

Setinggi dua tingkat, ia menawarkan pesakit dan penduduk dengan pelbagai perkhidmatan penjagaan kesihatan dan sosial, kata NHGP dalam satu kenyataan.

Taman tersebut, yang dijangka siap menjelang 2024, akan merangkumi taman herba dan bunga wangi.

Ketua eksekutif NHGP, Dr Karen Ng, berkata rancangan mereka adalah untuk bekerjasama dengan rakan kongsi bagi memperkasakan pesakit untuk membuat perubahan gaya hidup yang positif dan mampan.

“Kerjasama kami dengan Makmal Kesihatan Aktif Sport Singapore (SportSG) adalah satu contoh. Pasukan penjagaan kami membantu pesakit membangunkan sasaran senaman manakala jurulatih Kesihatan Aktif, bersebelahan, menyediakan bimbingan mengikut keperluan pesakit untuk membantu mereka mencapai sasaran kesihatan mereka,” ujar Dr Ng.

Pembukaan Poliklinik Sembawang sebahagian daripada fasa kedua pembinaan Hab Bersepadu Bukit Canberra di mana poliklinik tersebut ditempatkan.

Hab Bersepadu Bukit Canberra, sebuah hab sukan dan masyarakat bersepadu, juga mempunyai gim ActiveSG terbesar serta pusat jagaan warga emas dan kanak-kanak.

Ini memberi poliklinik “peluang besar” untuk berinteraksi dengan pemain lain, kata Encik Ong.

Poliklinik Sembawang juga merupakan poliklinik ketiga selepas Poliklinik Bedok dan Punggol yang akan ditempatkan bersama perkhidmatan saling melengkapi lain. Poliklinik seterusnya mungkin ialah Poliklinik Toa Payoh, yang dijadualkan dibuka menjelang 2030.

Tetapi menurut Encik Ong, poliklinik yang tidak ditempatkan bersama dengan kemudahan kesihatan dan sosial boleh mewujudkan hubungan dengan kemudahan tersebut untuk memberi manfaat kepada pesakit mereka.

“Penempatan bersama poliklinik atau kemudahan penjagaan kesihatan dengan kemudahan masyarakat hanyalah satu aspek. Apa yang lebih penting ialah bagaimana poliklinik bekerjasama dengan masyarakat dalam membawa kesihatan yang lebih baik untuk Sembawang dan untuk Singapura,” jelas Encik Ong.

Poliklinik Sembawang dijangka merawat antara 500 dengan 700 pesakit sehari. Kesemua 15 doktornya ialah doktor keluarga yang berkelayakan. Ia juga mempunyai 30 jururawat dan sekitar 12 karyawan penjagaan kesihatan bersekutu, termasuk ahli fisioterapi dan empat ahli farmasi.

Selain itu, terdapat beberapa pusat penuaan aktif (AAC) berhampiran Poliklinik Sembawang seperti Blossom Seeds dan Touching Community, bagi menghulur bantuan kepada keluarga dan penduduk yang memerlukan.

Ia juga poliklinik pertama di bawah NHGP yang melancarkan mesin penimbang berat badan mesra kerusi roda. Pesakit yang menggunakan kerusi roda dan perlu menimbang berat badan boleh kekal di kerusi roda ketika menimbang berat badan, menjadikan proses itu selamat dan mudah.

Pusat penjaja makanan di Bukit Canberra turut memainkan peranan untuk menggalak kesihatan yang lebih baik, dengan 28 daripada 40 gerai makanannya menggunakan garam rendah natrium.

“Penjaja kami di sini benar-benar berusaha membuat makanan mereka bukan sahaja lazat, tetapi juga sihat,” tambah Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >