Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat 158 disyaki libat dalam kegiatan tailong

Jun 06, 2023 | 06:53 PM



SERAMAI 158 individu berusia antara 15 dengan 72 tahun sedang disiasat polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pinjaman wang tanpa lesen, selepas polis melakukan operasi mencegah lintah darat serata pulau baru-baru ini.

Siasatan awal polis mendapati 10 daripada mereka dipercayai melakukan kegiatan mengganggu rumah peminjam.

Manakala 48 individu dalam kumpulan itu didakwa bertindak sebagai budak suruhan perusahaan lintah darat dengan melakukan pemindahan wang menerusi mesin tunai automatik (ATM).

Baki 100 suspek pula didakwa membuka akaun bank dan menyerahkan kad ATM, butiran peribadi seperti nombor pengenalan peribadi (PIN) dan/atau token perbankan Internet kepada pemiutang wang tanpa lesen bagi urusan pinjaman haram itu.

Dalam kenyataannya pada Selasa, polis berkata ia telah menjalankan operasi bagi mencegah pemiutang wang haram antara 29 Mei dengan 1 Jun.

Pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah dan tujuh divisyen darat polis telah melaksanakan serbuan serentak di serata pulau pada tempoh itu.

Polis berkata siasatan sedang berterusan.

Menurut polis, ia akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam urusan lintah darat “tidak kira apa jua peranan mereka”.

Polis juga berkata mereka yang ditangkap berbuat demikian akan dihadapkan ke mahkamah mengikut undang-undang negara.

“Ini termasuk penguatkuasaan terhadap mereka yang membuka atau menyerahkan akaun bank mereka bagi membantu pemiutang wang tanpa lesen,” tegas polis.

Di bawah Akta Pemiutang Wang (MLA) 2008, mereka yang didapati bersalah melakukan atau membantu perniagaan pemiutang wang haram boleh dipenjara sehingga empat tahun, didenda antara $30,000 dengan $300,000 dan boleh menerima hingga enam sebatan rotan.

Mereka yang bertindak bagi pihak lintah darat, dengan melakukan atau cuba melakukan kegiatan mengganggu ketenteraman orang awam boleh dipenjara sehingga lima tahun, didenda sehingga $50,000 atau disebat rotan antara tiga dengan enam kali.

Polis juga memberi amaran bahawa pemiutang wang haram semakin kerap menggunakan kaedah kiriman teks atau wadah dalam talian untuk menghantar iklan pinjaman meskipun tidak diminta.

Orang awam dinasihatkan supaya tidak membalas atau memberi respons kepada iklan tersebut dan melaporkan teks berkenaan sebagai ‘spam’.

Orang awam juga dinasihatkan supaya menjauhi pemiutang wang haram dan tidak sesekali bekerjasama atau membantu mereka.

Mereka yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kegiatan pemiutang wang haram atau tahu sesiapa yang terlibat dalam kegiatan tersebut, boleh menghubungi polis menerusi talian 999 atau talian cegah lintah darat X-Ah Long: 1800-924-5664.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >