Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat 312 suspek dalam lebih 1,200 kes tipu, libatkan lebih $6j

Jun 26, 2023 | 05:04 PM



Seramai 312 suspek berusia antara 16 dengan 83 tahun kini disiasat atas dakwaan bagi kesalahan menipu dan menjadi keldai wang yang menyaksikan mangsa dilaporkan kehilangan lebih $6 juta.

Polis menjalankan siasatan ke atas 203 lelaki dan 109 wanita itu susulan operasi serata pulau yang berlangsung selama dua minggu – antara 9 dengan 22 Jun – melibatkan pegawai daripada Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) dan tujuh Divisyen Darat Polis.

Kesemua 312 suspek disyaki terlibat dalam lebih 1,200 kes penipuan, yang terdiri terutamanya daripada penipuan pinjaman, penipuan cinta Internet, penipuan panggilan rakan palsu, penipuan melibatkan menyamar sebagai pegawai pemerintah, penipuan pekerjaan dan penipuan e-dagang.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Isnin, suspek sedang membantu polis dalam siasatan melibatkan penipuan, pengubahan wang dan menyediakan khidmat pembayaran tanpa lesen.

Kesalahan menipu di bawah Seksyen 420 Kanun Jenayah 1871 membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Kesalahan pengubahan wang haram di bawah seksyen 54(5)(a) Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Berat Lain (Rampasan Faedah) 1992 membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda sehingga $500,000, atau kedua-dua sekali.

Kesalahan menjalankan perniagaan untuk menyediakan apa–apa jenis perkhidmatan pembayaran di Singapura tanpa lesen di bawah Seksyen 5 Akta Perkhidmatan Pembayaran 2019 membawa hukuman denda sehingga $125,000, hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau kedua–duanya.

Polis akan mengambil tindakan serius terhadap sesiapa yang mungkin terlibat dalam penipuan, dan pesalah akan dihukum mengikut undang–undang.

Untuk mengelak daripada bersubahat dengan jenayah, polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menolak permintaan daripada orang lain untuk menggunakan akaun bank atau talian mudah alih mereka. Pemilik akaun bank atau talian mudah alih akan bertanggung jawab jika akaun bank atau talian mudah alih mereka dikaitkan dengan jenayah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >