Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis S’pura sangkal laporan bot pengawal pantai masuk perairan M’sia

Aug 20, 2023 | 02:37 PM



Pasukan Polis Singapura (SPF) telah menyangkal beberapa laporan akhbar Malaysia yang mendakwa bahawa sebuah bot Pengawal Pantai Polis (PCG) telah memasuki kawasan perairan Malaysia apabila hendak mendekati seorang nelayan.

Laporan akhbar Sinar Harian dan Berita Harian Malaysia (BHM) mendakwa bot PCG itu telah memasuki perairan Malaysia dan menuju ke arah jala yang ditebarkan sebuah bot nelayan Malaysia.


Polis berkata dakwaan itu tidak benar sebab kejadian itu berlaku di perairan Singapura.

Menurut pihak polis, pada 14 Ogos, 6.55 pagi, pegawai PCG sedang meronda kawasan perairan Singapura apabila mereka melihat sebuah bot nelayan berada dalam kawasan perairan tersebut di luar pesisiran Tuas.

Pada ketika itu, menurut polis, terdapat beberapa kapal nelayan lain berhampiran namun mereka berada di perairan Malaysia.

Pegawai PCG mendekati nelayan yang mengendali bot tersebut dan menasihatkan beliau agar keluar dari kawasan perairan Singapura.

Selepas kejadian itu, sebuah jala didapati terbelit di kipas enjin bot PCG itu apabila ia sedang berundur untuk mengelak daripada memasuki perairan Malaysia. Jala itu kemudian didapati rosak apabila ia dikeluarkan daripada kipas enjin itu.

Polis berkata pegawai PCG sedang menguatkuasakan undang-undang Singapura di dalam kawasan perairan Singapura.

Ia memaklumkan bahawa nelayan terbabit dalam insiden pada 14 Ogos itu juga terlibat dalam lagi satu kejadian pada Oktober 2022, apabila beliau dinasihatkan supaya beredar dari kawasan tembakan peluru hidup di perairan Singapura atas sebab keselamatan.

“Semasa kejadian pada Oktober 2022 itu, beliau juga mendakwa berada dalam perairan Malaysia namun sebenarnya beliau berada dalam kawasan perairan Singapura,” kata polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >